BERITA TERKINI   Sukan SEA 2025: Gandingan terjun Nur Eilisha Rania-Nurul Farisya Alia sumbang emas platform seirama wanita | Sukan SEA 2025: Atlet menembak Haritz Iklil hadiahkan pingat emas ke-50 menerusi acara 50m Rifle 3 Posisi individu lelaki | Sukan SEA 2025: Malaysia raih emas boling berpasukan wanita | PNB isytihar agihan pendapatan ASB 5.75 sen bagi tahun kewangan 2025 dengan jumlah pembayaran RM10.4 bilion | ASB isytihar agihan pendapatan 5.75 sen bagi tahun kewangan 2025 dengan jumlah pembayaran RM10.4 bilion | 

Terdapat 86 berita berdasarkan kata kunci carian " sektor kewangan"

Rumah Tidak Terjual: Kerajaan Disaran Kenakan Syarat Ketat Pada Pemaju

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) – Kerajaan disaran menetapkan dasar lebih ketat terhadap pemaju untuk menyelesaikan jualan unit kediaman siap dibina sekurang-kurangnya lebih 15 peratus daripada jumlah dibina sebelum meluluskan pembinaan baharu.

ASEAN Akan Tubuhkan Semula Pengaturan Swap ASEAN Bagi Pertingkat Daya Tahan Kewangan - Kenyataan Bersama

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- ASEAN berhasrat untuk menubuhkan semula Pengaturan Swap ASEAN (ASA) bagi meningkatkan jaringan keselamatan dan daya tahan kewangan di rantau ini, menurut kenyataan bersama Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12.

ASEAN Secara Kolektif Harungi Antara Tempoh Paling Sukar Dalam Sejarah Terkini

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- ASEAN secara kolektif sedang mengharungi antara tempoh paling sukar dalam sejarah semasa, merangkumi tarif perdagangan dan ketegangan geopolitik sehinggalah cabaran iklim serta kepesatan kemajuan teknologi dan ketangkasan ekonomi di negara masing-masing.

Pendaftaran Media Untuk Mesyuarat Menteri Kewangan, Gabenor Bank Pusat ASEAN Kini Dibuka

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pendaftaran Media untuk Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) serta mesyuarat berkaitan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kini dibuka sekarang.

BNM Bekerjasama Dengan Rakan Setara ASEAN Tingkatkan Penyelesaian Mata Wang Tempatan - Timbalan Gabenor

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan bekerjasama dengan rakan setara ASEAN untuk menggalakkan perniagaan menggunakan mata wang tempatan dalam memudah cara perdagangan di rantau ini, kata Timbalan Gabenor Datuk Marzunisham Omar.

Pertumbuhan Pembiayaan Islam Kekal Stabil Pada 8.0 Peratus Bagi 2025 - RAM Ratings

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangkakan pertumbuhan pembiayaan Islam akan berkembang pada kadar stabil sebanyak lapan peratus pada 2025 walaupun menghadapi cabaran dan ketidaktentuan global.

Operasi Institusi Kewangan Kekal Berdaya Tahan – BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kerugian kewangan akibat risiko operasi yang dilaporkan oleh institusi kewangan kekal rendah pada separuh kedua 2024, merangkumi hanya 0.03 peratus daripada jumlah modal sistem perbankan berbanding 0.05 peratus pada separuh pertama 2024.

Kadar Kelulusan Lebih Tinggi, Pembiayaan IKP Beri Manfaat Kepada Lebih 14,000 Perniagaan

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Lebih 14,000 perniagaan dapat mengembangkan operasi masing-masing seperti yang dibuktikan oleh perolehan jualan dan pengembangan perniagaan yang lebih tinggi seiring dengan peningkatan pembiayaan terkumpul di bawah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP).

Pembiayaan Islam Naik Kepada RM1.13 Bilion, Pertumbuhan Takaful Sederhana - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Industri perbankan Islam dan takaful Malaysia terus mencatat pertumbuhan positif pada 2024 dengan sumbangan industri perbankan Islam dalam keseluruhan sistem kewangan meningkat kepada 46.6 peratus tahun lepas berbanding 45.6 peratus pada 2023.

Sukuk SRI Cecah RM11.9 Bilion Tahun Lepas, Melonjak Hampir Sembilan Kali Sejak 2017

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatat pertumbuhan ketara dalam terbitan sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) yang mencecah RM11.9 bilion pada 2024 atau peningkatan hampir sembilan kali sejak terbitan sulung pada 2017, susulan sokongan rangka kerja sedia ada.

FBM KLCI Teruskan Penurunan Dalam Persekitaran Ketegangan Perdagangan Global

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) terus mencatatkan penurunan, melepasi paras sokongan 1,490-1,500, didorong oleh kebimbangan pelabur yang meningkat terhadap kesan potensi pertikaian perdagangan global yang semakin memuncak.

BNM Perhalus Ciri Keperluan Penyertaan Bagi Penanggung Insurans Dan Pengendali Takaful Digital

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperhalus beberapa ciri keperluan penyertaan bagi penanggung Insurans dan pengendali takaful digital (DITO) dalam dokumen dasar rangka kerja pelesenan dan pengawalseliaannya bagi DITO yang dikeluarkan hari ini.