BERITA TERKINI   Pihak berkuasa Myanmar perlu hentikan jenayah rentas sempadan yang kini menjadi masalah besar kepada negara-negara ASEAN — Mohamad | ASEAN tidak berganjak daripada Konsensus Lima Perkara, asas tangani isu-isu di Myanmar - Mohamad | Malaysia-Thailand teroka sektor utama seperti industri halal dan pertanian dalam tempoh terdekat - Tengku Zafrul | Malaysia-Thailand bersetuju bentuk jawatankuasa perdagangan bersama baharu peringkat kementerian tahun depan - Tengku Zafrul | Malaysia–Thailand terus perkukuh hubungan dua hala, teguhkan komitmen untuk tingkatkan perdagangan dan pelaburan - Tengku Zafrul  | 

Terdapat 150 berita berdasarkan kata kunci carian " rantaian bekalan global"

Perolehan Pesawat Boeing Jadi Sebahagian Pelan Pembaharuan, Peluasan Kapasiti MAG

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Perolehan pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) adalah sebahagian daripada pelan pembaharuan dan peluasan kapasiti armada yang bersifat jangka masa panjang serta berfasa, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Malaysia Tidak Korban Kepentingan Nasional Untuk Layanan Istimewa - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia tidak mengorbankan kepentingan nasional demi mendapatkan layanan istimewa, sebaliknya, rundingan bersama Amerika Syarikat (AS) mengekalkan keunikan dasar negara.

Bursa Malaysia Diunjur Diniagakan Tinggi Minggu Depan Susulan Tarif AS Turun, Perbahasan RMK13

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, dipacu peningkatan sentimen pelabur berikutan penurunan tarif Amerika Syarikat (AS) dan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bermula 4 Ogos ini pada persidangan Parlimen.

Penurunan Kadar Tarif Beri Petunjuk AS Sedia Berunding - Ahli Ekonomi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus menunjukkan kesediaan AS untuk berunding tetapi tarif disemak semula itu dijangka tetap mempunyai kesan ekonomi ketara kepada Malaysia dalam jangka pendek dan panjang, kata seorang pakar ekonomi.

Aspirasi Capai Kejayaan RMK13 Bergantung Kepada Keazaman Politik, Pelaksanaan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) menetapkan visi transformasi struktur yang berani, keterangkuman sosial dan daya tahan terhadap iklim namun keberkesanannya bergantung kepada keazaman politik dan pelaksanaan yang berdisiplin, menurut Kenanga Investment Bank Bhd.

Penurunan Kadar Tarif Perkembangan Positif Sektor Eksport Negara - Chow

GEORGE TOWN, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar tarif import Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus disifatkan sebagai perkembangan positif kepada sektor eksport negara, khususnya Pulau Pinang yang terlibat dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), pembuatan serta peranti perubatan.

 

IMF Naik Taraf Jangkaan Pertumbuhan Global Dalam Unjuran Terbaharu

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi global dijangka mencapai 3.0 peratus pada 2025 dan 3.1 peratus menjelang 2026, di atas jangkaan rujukan dalam Unjuran Ekonomi Dunia (WEO) April 2025, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Julai 2025 yang dikeluarkan hari ini.

Langkah Fiskal Kerajaan Dijangka Beri Impak Jangka Pendek & Sederhana - Bank Islam

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Langkah fiskal yang diumum kerajaan baru-baru ini dijangka memberi kesan jangka pendek dan sederhana terhadap ekonomi negara khususnya dari segi penggunaan swasta, inflasi dan kedudukan fiskal, menurut Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB). 

Tarif, Ketidaktentuan Dalaman Dan Luaran Bayangi Separuh Pertama 2025 Sektor Perkapalan

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) – Pemain industri perkapalan Malaysia mengemudi separuh pertama 2025 secara berhati-hati dalam mendepani cabaran pasaran serta beroperasi dalam persekitaran kompleks yang memerlukan strategi lebih cermat dan berhemat.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Jejaki Prestasi Kenaikan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan di pasaran serantau.

ASEAN Harus Tuntut Akses Pasaran Setara dari EU, China Dalam Persekitaran Tekanan Tarif - Penganalisis

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- ASEAN harus menuntut akses pasaran timbal balik daripada rakan dagangan utama seperti Kesatuan Eropah (EU) dan China terutamanya dalam sektor seperti minyak sawit, produk halal dan mineral bateri kenderaan elektrik (EV) untuk menjaga kestabilan perdagangan serantaunya dalam persekitaran peningkatan dasar perlindungan global, kata seorang penganalisis.

PM Anwar Pengerusikan Mesyuarat Bersama 40 Pemimpin Industri Perancis, Bincang Kerjasama Strategik Berimpak Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat meja bulat bersama 40 pemimpin industri dari Perancis yang beroperasi di Malaysia untuk membincangkan potensi pelaburan dan kerjasama strategik dalam sektor berimpak tinggi pada peringkat global.