2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd berjaya melaksanakan terbitan sulung Sukuk Wakalah Merdeka Lestari di bawah Program Sukuk Wakalah Merdeka sehingga RM6 bilion nilai nominal sebagai sebahagian daripada strategi kepelbagaian pembiayaannya.
2bulan ago
CYBERJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor menerusi Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bekerjasama dengan Artem Venture Fund untuk menubuhkan Dana Semikonduktor Selangor atau Ehsan Capital bagi memperkukuh usaha memperkasakan industri semikonduktor.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Projek Battersea di London, United Kingdom, yang dimiliki oleh konsortium yang diketuai oleh Sime Darby Property Bhd dan SP Setia Bhd, kekal menjadi pelaburan strategik utama kepada para pemegang sahamnya, kata Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
3bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 29 Okt (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dan UEM Lestra Berhad (UEM Lestra) memeterai Perjanjian Kerjasama untuk melaksanakan projek hibrid solar fotovoltaik (PV) berkapasiti 1 gigawatt (GW) di Segamat, Johor.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi berpangkalan di Sarawak, Insights Analytics Bhd meraih RM43.56 juta daripada terbitan awamnya sebanyak 121 juta saham baharu pada harga terbitan 36 sen sesaham ketika mula disenarai di Pasaran ACE.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam keputusan komersial untuk mendukung integriti pasaran.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) - Tadbir urus yang kukuh, disiplin fiskal dan pendidikan adalah perkara yang perlu diberi penekanan dalam transformasi ekonomi Malaysia bagi mengukuhkan pertumbuhan dan mengurangkan ketidaksamaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Insights Analytics Bhd, penyedia penyelesaian teknologi yang berpangkalan di Sarawak mencatatkan lebihan langganan untuk bahagian awam tawaran awam permulaannya (IPO) sebanyak 53.62 kali.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM40 juta disediakan menerusi pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mempercepat proses peningkatan skala syarikat Bumiputera berpotensi tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 mendukung visi ke arah Malaysia yang lebih saksama dan bersedia menghadapi masa depan dengan meningkatkan taraf hidup rakyat, memacu reformasi ekonomi berterusan dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif, menurut Permodalan Nasional Bhd (PNB).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- MARC Ratings mengekalkan penarafan AA-IS untuk program nota jangka sederhana Islam (IMTN) Orkim Bhd sehingga RM1 bilion dan menyemak semula prospek penarafan daripada stabil kepada positif.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam saham mewah terpilih dan saham permodalan kecil, kata penganalisis.