Terdapat 1232 berita berdasarkan kata kunci carian " pendekatan"

Pasaran Modal Kekal Berdaya Tahan, Terus Memacu Perkembangan Serantau Pada 2025 - SC

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 dan terus memainkan peranan asas dalam memudah cara pengumpulan modal bagi ekonomi domestik walaupun berdepan persekitaran global yang tidak menentu, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Sisa Jadi Kuasa: Laluan Baharu Tenaga Bersih Dan Hijau Malaysia

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Sisa ternakan yang selama ini dianggap sebagai beban alam sekitar berpotensi besar menjadi antara sumber tenaga bersih strategik negara, sekali gus mempercepatkan peralihan tenaga Malaysia, menurut menurut Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia).

MTEN Setuju Langkah Mitigasi Pastikan Rantaian Bekalan, Kelangsungan Industri Domestik Terpelihara

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini bersetuju dengan tiga cadangan utama meliputi fasilitasi logistik, sokongan mitigasi risiko dan peluasan pasaran bagi memastikan rantaian bekalan serta kelangsungan industri domestik tidak terjejas teruk susulan krisis bekalan global.

Institusi Perbankan Perlu Jadi Rakan Strategik Bagi Kelangsungan Ekonomi Domestik -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Institusi perbankan harus memikul tanggungjawab sebagai rakan strategik dalam usaha memastikan kelangsungan ekonomi domestik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berhemah Guna Bahan Api, Bantu Lanjutkan Tempoh Penampan Tenaga -- Liew

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kalangan rakyat Malaysia digesa berhemah menggunakan bahan api dalam usaha melanjutkan lagi tempoh tenaga melangkaui Jun ini berikutan ketidaktentuan global yang dijangka berpanjangan.

SAMENTA Lancar Pensijilan Ekonomi Kitaran Pertama ASEAN Bagi PKS

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) pada Selasa melancarkan Pensijilan Ekonomi Kitaran ASEAN (CEC) yang pertama seumpamanya di rantau ini bagi membantu kalangan perusahaan itu atau PKS menerimaguna amalan perniagaan mampan selain memacu daya saing.

Invest Selangor Anjur Sesi Libat Urus Perkasa Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2

SHAH ALAM, 20 April (Bernama) -- Invest Selangor Bhd akan mengadakan sesi libat urus dengan sektor utama seperti perkhidmatan dan pembinaan dalam sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan ketahanan ekonomi di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Seiring Niaga Hadapan Getah Serantau

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, menjejaki peningkatan niaga hadapan getah serantau, dalam persekitaran harga minyak mentah penanda aras yang lebih kukuh, kata peniaga.

Jaminan Pembiayaan RM5 Bilion, Kelonggaran E-Invois Bantu PMKS Susulan Krisis Tenaga Global - PM Anwar

PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beberapa langkah segera bagi meringankan tekanan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global dan konflik Asia Barat antaranya peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

FMM, Hong Kong Productivity Council Meterai MoU Perkukuh Kerjasama Industri

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Hong Kong Productivity Council (HKPC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama industri serta meningkatkan produktiviti dalam kalangan pengilang di kedua-dua ekonomi.

Johor Guna Pendekatan Reka Khusus Bagi Penuhi Permintaan, Keperluan Pelabur -- Hasni

JOHOR BAHRU, 19 April (Bernama) -- Kerajaan Negeri Johor mengguna pakai pendekatan yang direka khusus mengikut keperluan bagi memenuhi permintaan dan menarik pelaburan terutamanya di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).