9bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku pertama Malaysia 2025 berkemungkinan mencabar dari segi menepati jangkaan pasaran ketika pelabur terus berusaha menangani impak gabungan kesan ketidaktentuan perdagangan sebelum ini serta dedahan China ke atas ekonomi negara.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Public Bank Bhd mendapati pendedahan kredit yang minimum terhadap potensi risiko tarif Amerika Syarikat (AS) dengan anggaran kurang daripada tiga peratus daripada jumlah keseluruhan pinjamannya mungkin terjejas.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$117.49 bilion (US$1= RM4.31) pada akhir Mac, 2025 manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$4.3 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd kekal yakin dapat mengakhiri status Nota Amalan 17 (PN17), didorong oleh operasi perniagaan berdaya tahan serta strategi pemulihan yang menyokong kestabilan kemajuan kewangannya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ujian tekanan kesolvenan dan mudah tunai terus menunjukkan bahawa bank-bank kekal memiliki daya tahan yang tinggi untuk menghadapi kejutan makroekonomi, kewangan dan mudah tunai yang teruk.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ujian tekanan yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan bahawa penampan modal bank-bank mencukupi untuk menyerap potensi peningkatan kerugian kredit daripada sektor perniagaan di bawah senario tekanan buruk.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) – Jumlah hutang terkumpul skim beli sekarang bayar kemudian (BNPL) kekal sebagai sebahagian kecil daripada keseluruhan hutang isi rumah iaitu sebanyak RM2.8 bilion atau 0.2 peratus daripada jumlah hutang isi rumah setakat Disember 2024.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Deposit sistem perbankan berkembang pada kadar yang lebih perlahan iaitu sebanyak tiga peratus pada separuh kedua 2024 dipacu oleh pertumbuhan deposit perniagaan pemastautin selain sebahagiannya mencerminkan kos lebih tinggi dan pembayaran balik hutang.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) sehingga Disember 2024.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion berbanding RM4.9 bilion dalam separuh pertama tahun lepas.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan terus komited dalam usaha mengurangkan defisit fiskal dengan unjuran 3.8 peratus pada 2025, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Skim Jaminan Kredit Perumahan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) akan ditingkatkan dengan tambahan jaminan RM10 bilion tahun ini sekali gus akan memberikan manfaat kepada lebih 20,000 peminjam.