24hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM227.35 juta pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM213.04 juta pada suku pertama 2025.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sime Darby Bhd untuk suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2026 melonjak kepada RM654.00 juta berbanding RM193.00 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
24hari ago
PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR), Kota Bahru yang telah diperluaskan mengendalikan 562,081 pergerakan penumpang antara Januari hingga April tahun ini, mencerminkan peningkatan 3.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 5.4 peratus pada April 2026 berbanding 1.1 peratus pada bulan sebelumnya, peningkatan tertinggi sejak Ogos 2022, terutamanya didorong oleh harga produk berkaitan petroleum dan minyak mentah yang lebih tinggi, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
27hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) bercadang untuk mengambil alih kepentingan pajakan bagi tanah seluas 2.43 hektar di Setapak, di sini serta sebuah sekolah swasta dikenali sebagai KYS KL East International School (KYSKLEIS) yang terletak di atas tanah tersebut, pada RM125 juta.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak 10.1 peratus kepada RM826.53 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 berbanding RM750.73 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelum ini.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meningkatkan hubungan dengan pelabur dari negara-negara Nordic untuk menjadikan Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) Malaysia dan ekosistem sokongan yang lebih menyeluruh sebagai kelebihan utama untuk pelaburan asing berkualiti tinggi.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- AwanBiru Technology Bhd (Awantec) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM1.5 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026, disokong oleh sumbangan berterusan operasi teras kumpulan dan pengembangan strategiknya dalam menyediakan penyelesaian kecerdasan buatan (AI) kepada pelanggan utama.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd meningkat kepada RM69.6 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM57.1 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun kewangan 2025.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi rantau Asia Pasifik meningkat 3.3 peratus pada 2025, mengatasi unjuran awal sebanyak 3.2 peratus, menurut Unit Sokongan Dasar (PSU) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- DRB-HICOM Bhd mencatatkan peningkatan untung bersih lebih dua kali ganda kepada RM45 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM17.72 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- TH Plantations Bhd mencatat penyusutan 9.49 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM11.62 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2026, daripada RM12.84 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.