7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Malaysia komited untuk menjadikan ASEAN sebagai peneraju global dalam kewangan mampan dan akan menyokong kerjasama yang lebih baik dalam pembiayaan hijau, jaringan tenaga serantau dan perluasan rangka kerja pelaburan mampan.
7bulan ago
KOTA TINGGI, 24 Feb (Bernama) -- Seorang usahawan wanita memanfaatkan sumber tumbuhan seperti daun dan bunga untuk menghasilkan motif pada permukaan fabrik, sekali gus diolah menjadi produk kraf dengan menggunakan teknik cetakan kreatif (eco print).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Acara Ekspo Teknologi Malaysia ke-24 (MTE 2025) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 20-22 Feb, 2025, menjadi platform bagi kalangan usahawan dan pelabur menyelami pelbagai inovasi teknologi terkini yang mampu memberi manfaat kelebihan daya saing kepada mereka.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Fariz Fadzil.
7bulan ago
PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Malaysia akan terus menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berikutan peranannya sebagai tunjang ekonomi negara dan menjadi sebahagian besar daripada perniagaan di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
KUCHING, 7 Feb (Bernama) -- Pembelian syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd, anak syarikat Malaysian Aviation Group (MAG) oleh kerajaan negeri Sarawak bakal dimuktamadkan menerusi satu perjanjian yang akan dimeterai pada 12 Feb, 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kira-kira 170 peranan baharu dijangka diwujudkan dan 92 juta pekerjaan akan terjejas menjelang 2030 selain menghasilkan peningkatan bersih sebanyak 78 juta pekerjaan baharu, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).
9bulan ago
GEORGE TOWN, 28 Dis (Bernama) -- Iconic Penang Sdn Bhd, hari ini merasmikan Hotel Iconic Marjorie yang juga sebahagian Hotel Portfolio Tribute di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia terus menunjukkan kemajuan tahun ini dalam persekitaran yang mencabar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran dan anjakan pengawalseliaan, terutamanya dalam peralihan ke arah ekonomi yang mengutamakan digital.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Syarikat Malaysia digalakkan meneroka peluang luas yang ditawarkan oleh perniagaan Rusia, terutamanya dalam bidang pendigitalan dan teknologi maklumat (IT), menurut Roscongress Foundation.
10bulan ago
GEORGE TOWN, 25 Nov (Bernama) -- Pelancaran penerbangan terus antara Chennai dan Pulau Pinang dijangka membuka peluang baharu industri pelancongan Pulau Pinang, meningkatkan daya tahan sektor itu terhadap risiko dan persaingan dalam pasaran pelancongan antarabangsa.
10bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 24 Nov (Bernama) -- Labuan Connect! 2024 yang didakan buat julung kalinya mengetengahkan usahawan tempatan di bawah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sekali gus menyediakan platform untuk mempamerkan produk kepada khalayak yang lebih meluas.