BERITA TERKINI   Pegawai penguatkuasa JPJ pakai alat perakam badan (BWC) bermula November ini, perkukuh penguatkuasaan dan integriti - Loke | JPJ laksana operasi ‘Perang Lebih Muatan Melibatkan Kenderaan Perdagangan” 14 Okt - 31 Dis ini - Loke | Pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak RM1,000 dalam Belanjawan 2026 galak pelancongan domestik sempena TMM2026 - PM Anwar  | Promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dipergiat secara digital bagi tarik lebih ramai pelancong - PM Anwar | PM Anwar setuju PDRM ambil tindakan sewajarnya kepada pihak kibar bendera Israel, tampal pelekat tulisan Hebrew | 

Pembelian MASwings Oleh Kerajaan Sarawak Dimuktamad 12 Feb

KUCHING, 7 Feb (Bernama) -- Pembelian syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd, anak syarikat Malaysian Aviation Group (MAG) oleh kerajaan negeri Sarawak bakal dimuktamadkan menerusi satu perjanjian yang akan dimeterai pada 12 Feb, 2025.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah membuat pengumuman itu sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Borneo Cross Border Cycling Tour 2025 di sini malam ini.

Sementara itu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Tunggulah 12 haribulan (Februari). Sabar-sabarlah,” katanya kepada pemberita apabila dimaklumkan berhubung pengumuman yang dibuat Abdul Karim.

Sebelum ini, proses pengambilalihan syarikat penerbangan berkenaan sepatutnya dimuktamadkan pada 31 Disember lepas, namun kedua-dua belah pihak memutuskan untuk menggunakan khidmat penilai ketiga bagi menentukan nilai keseluruhan aset syarikat tersebut.

-- BERNAMA