Terdapat 56 berita berdasarkan kata kunci carian " jalin kerjasama"

Pulau Pinang-Kazakhstan Jalin Kerjasama Dalam Perdagangan, Perniagaan, Pelancongan

GEORGE TOWN, 5 Mac (Bernama) -- Pulau Pinang dan Kazakhstan terus meneroka peluang dan nilai bersama dengan memperluaskan kerjasama dalam perdagangan, perniagaan serta pelancongan.

MOSTI, XMU Dan GMPT Software Jalin Kerjasama Kukuhkan Industri Semikonduktor Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri semikonduktor global melalui kerjasama strategik dengan Universiti Xiamen (XMU) dan GMPT Software.

Syarikat Sabah Jalin Kerjasama Dengan Schlumberger Bagi Penyertaan Lebih Luas

LABUAN, 28 Feb (Bernama) --  Nawie Oilfield Services Sdn Bhd (NOS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Schlumberger Malaysia Sdn Bhd (SLB) untuk meningkatkan penyertaannya dalam industri minyak dan gas di Sabah.

SSM, MOF, DOSM Dan CIDB Jalin Kerjasama Perkukuh Ketepatan Kod Bidang Perniagaan

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi memperkukuh ketepatan penggunaan kod bidang perniagaan menerusi portal SSM BizCodEX.

MIDA, BEYOND4 Jalin Kerjasama Sokong PKS Yang Berkembang Pesat

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta BEYOND4 Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkembang pesat.

MATA, Persatuan Ejen Pelancongan Guilin Jalin Kerjasama Pelancongan Malaysia-China

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan Persatuan Ejen Pelancongan Guilin telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama pelancongan antara Malaysia dan China.

Syarikat Malaysia Dan Uzbekistan Digesa Jalin Kerjasama Baharu, Raih Peluang Sinergi

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia dan Uzbekistan digesa menjalin kerjasama baharu bagi merebut peluang sinergi yang ditawarkan oleh kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Agrobank, ATM Jalin Kerjasama Dalam Program Pembiayaan Ladang Kontrak Agro Defence

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Agrobank menjalin nota kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Program Pembiayaan Ladang Kontrak Agro Defence khusus untuk veteran ATM. 

Perodua, UTM Jalin Kerjasama Bangun Kenderaan Elektrik Generasi Baharu

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalinkan kerjasama membangunkan kenderaan elektrik (xEV) generasi baharu. 

ASEAN-BAC Umum 12 Inisiatif Untuk Pacu Pertumbuhan Serantau Dan Jalin Kerjasama

GEORGE TOWN, 16 Jan (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) telah mengumumkan 12 inisiatif strategik termasuk rangka kerja Entiti Perniagaan ASEAN (ABE) untuk meningkatkan integrasi ekonomi, keterangkuman dan kerjasama serantau.

FGV, MPOB Jalin Kerjasama Tingkat Kebolehkesanan, Perkasa Pekebun Kecil

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- FGV Holdings Bhd (FGV) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjalin kerjasama strategik dengan memeterai memorandum kerjasama (MoC) untuk meningkatkan kebolehkesanan dan memperkasa pekebun kecil.

Maxis, UTAR Jalin Kerjasama Bangunkan Penyelesaian 5G Dalam Kesihatan Dan Pendidikan

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Maxis, penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka di Malaysia, bekerjasama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi pembangunan bersama penyelesaian 5G, dengan fokus pada inovasi dalam bidang penjagaan kesihatan dan pendidikan.