Terdapat 3491 berita berdasarkan kata kunci carian " fi"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Penyusutan Minyak Mentah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengatasi peningkatan awalnya untuk ditutup rendah pada Selasa.

Kerajaan Kekalkan Dasar Sedia Ada, Teliti Kesan Konflik Geopolitik Terhadap Ekonomi

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kerajaan ketika ini mengekalkan dasar fiskal sedia ada di samping memantau rapat perkembangan konflik geopolitik global yang berpotensi memberi kesan kepada harga minyak serta ekonomi negara.

Peningkatan harga Bahan Api Jet Jejas Syarikat Penerbangan Asia, Caj Tambahan Dinaikkan

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Syarikat penerbangan di Asia sedang menilai semula tambang dan pelan operasi berikutan kenaikan harga bahan api jet akibat konflik yang semakin memuncak di Asia Barat mula memberi kesan kepada seluruh industri penerbangan, dengan beberapa syarikat penerbangan telah memperkenalkan pelarasan caj tambahan bahan api.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain Susulan Harga Minyak Turun

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Selasa susulan harga minyak mentah merosot selepas kenyataan Presiden AS Donald Trump yang memberi bayangan kemungkinan perang di Iran berakhir tidak lama lagi.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, menjejaki Keuntungan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada hari Selasa, sejajar dengan pengukuhan dalam pasaran COMEX AS.

Dewan Negara Lulus RUU Perbekalan Tambahan (2025) 2026

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2025) 2026 bagi perbelanjaan mengurus tambahan pertama 2025 berjumlah RM8.4 bilion.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari Seiring Peningkatan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, menjejaki kenaikan pasaran serantau selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi bayangan bahawa perang dengan Iran berpotensi berakhir tidak lama lagi.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Pemulihan Wall Street Sokong Sentimen Pasaran

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki pemulihan di Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi bayangan bahawa konflik dengan Iran mungkin berakhir tidak lama lagi.

Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Pasaran Lebih Positif

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pada Selasa, disokong sentimen risiko yang semakin baik, walaupun pasaran global kekal berhati-hati susulan konflik berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata seorang penganalisis.

Lonjakan Harga Minyak Minyak Cetus Risiko Fiskal, Inflasi Bagi Asia - OCBC

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Susulan lonjakan harga minyak global hari ini, kerajaan di Asia menghadapi peningkatan risiko fiskal dan inflasi memandangkan rantau ini masih bergantung kepada import tenaga secara struktur, menurut OCBC.

Niaga Hadapan MSM Melonjak Lebih RM4,500 Satu Tan, Tertinggi Sejak Oktober 2025

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, melonjak lebih RM4,500 satu tan yang juga paras tertinggi sejak Oktober lepas.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Jualan Serantau, Indeks Komposit Turun 2.56 Peratus

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah secara keseluruhannya pada Isnin sejajar dengan penjualan meluas di pasaran serantau apabila konflik yang semakin meruncing di Timur Tengah menjejaskan sentimen pelabur dan menimbulkan semula kebimbangan mengenai inflasi global.