2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Para menteri kewangan ASEAN hari ini mula sibuk dengan usaha untuk mewujudkan prasyarat dan inisiatif yang diperlukan bagi memperkukuh integrasi kewangan lebih-lebih lagi susulan tarif yang menjejaskan semua negara anggota.
2bulan ago
Oleh Muhammad Faiz Baharin
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- ASEAN perlu proaktif dalam merangka strategi yang bukan sahaja responsif kepada cabaran semasa tetapi juga berfikiran kehadapan untuk mencapai kemakmuran jangka panjang.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY) menyasarkan seramai 10,000 pengguna didaftarkan bagi platform dagangan saham pecahan yang baharu dilancarkan di Bursa Malaysia iaitu UP.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pasaran semikonduktor ASEAN berpotensi mencecah lebih US$52 bilion (US$1=RM4.49) menjelang 2032 sekiranya usaha ditumpukan kepada meningkatkan rantaian nilai, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran trajektori kecerdasan buatan (AI) sedang berkembang sepantas kilat dan jika kemajuan digital yang tidak seimbang ini dibiarkan tanpa kawalan, ia berisiko memperdalam jurang yang sedia ada dan meningkatkan ketidaksamaan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama dan melancarkan Panduan Pendedahan ESG Dipermudah ASEAN (SEDG ASEAN) bagi PKS dalam Rantaian Bekalan Versi 1, hari ini.
2bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ketika para pegawai kanan menamatkan hari pertama Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12, di sini, hari ini, rumusan utama yang dicapai adalah walaupun tarif timbal balik AS memberikan cabaran besar, namun dalam masa yang sama ia juga menawarkan peluang kepada negara anggota.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Dhaharuddin
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Sebarang perubahan kepada unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.5-5.5 bagi 2025 akan berlandaskan analisis impak menyeluruh yang dijalankan oleh Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Mekanisme pembiayaan yang inovatif penting bagi ASEAN untuk mempercepat peralihannya ke arah ekonomi rendah karbon sambil mengukuhkan daya tahan iklim dengan cara yang adil, inklusif dan teratur, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pengumuman tarif oleh Washington baru-baru ini akan mengubah dinamik perdagangan dan persekitaran operasi yang boleh mempengaruhi naratif pertumbuhan ekonomi, sekali gus memberikan cabaran dan juga peluang kepada ASEAN.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Lebih 200 pengamal media tempatan dan antarabangsa mendaftar bagi membuat liputan Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN ke-12 (AFMGM) serta mesyuarat berkaitan di sini yang bermula hari ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Mesyuarat awal untuk Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN KE-12 (AFMGM) bermula pagi ini apabila pegawai-pegawai kanan mula memuktamadkan dokumen untuk dibincangkan oleh menteri masing-masing pada hujung minggu ini.