Terdapat 71 berita berdasarkan kata kunci carian " daerah"

Kaamatan Platform Tingkat Industri Pelancongan, Lonjak Ekonomi Rakyat Sabah

KOTA KINABALU, 22 Mei (Bernama) -- Pesta Kaamatan tahun ini menjadi platform penting dalam mempertingkatkan industri pelancongan sekali gus melonjakkan ekonomi rakyat di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih Suku Pertama RM18 Juta Meskipun Perolehan Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM18 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (S1 2025).

Malaysia Sasar Jualan RM3 Juta Daripada Festival Rasa Malaysia Selama Tiga Hari Di Beijing

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

BEIJING, 18 Mei (Bernama) -- Festival Rasa Malaysia yang sedang berlangsung di Beijing dijangka menjana tiga hingga lima juta yuan (kira-kira RM3 juta) dalam bentuk hasil jualan dengan lebih daripada 50 syarikat Malaysia mempamerkan juadah tempatan, buah-buahan tropika dan kraftangan budaya.

Maxis Perluas Rangkaian Gentian Optik Di Pulau Pinang, Sasar 100,000 Rumah Menjelang 2027

BATU KAWAN, 2 Mei (Bernama) -- Maxis, penyedia telekomunikasi bersepadu utama di Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi pengembangan rangkaian gentian optik berskala besarnya di Pulau Pinang, yang disasar untuk menghubungkan lebih 100,000 rumah di seluruh negeri itu menjelang 2027.

SCIB Dapat Pembiayaan Islam RM49 Juta Daripada MIDF Bagi Pengembangan Syarikat

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- SCIB Concrete Manufacturing Sdn Bhd (SCM), anak syarikat milik penuh tidak langsung Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), telah memperoleh pembiayaan bernilai RM49.0 juta daripada Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).

Antara Selera Dan Sentimen, Sisi Berbeza Warga Beijing Redakan Bahang Perang Dagang AS-China

BEIJING, 19 April (Bernama) -- Sebagai wartawan, sudah tentu saya telah banyak menulis dan membaca laporan berkaitan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China meliputi siri balas-membalas tarif, kenyataan politik, ketegangan ekonomi sehinggalah reaksi pasaran.

Projek Jambatan Rentas Sempadan Sejajar Dengan Matlamat Ekonomi ASEAN - Setiausaha Agung

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pembinaan projek jambatan kedua yang menghubungkan Rantau Panjang, Kelantan, dan Sungai Golok, Narathiwat merupakan langkah penting ke arah memperkukuh ketersambungan serantau dan integrasi ekonomi dalam ASEAN.

Unit ITMAX Dilantik Sebagai Pengendali Smart Parking Di Mersing Berkuat Kuasa 1 Mei

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Anak syarikat ITMAX System Bhd, Southmax Sdn Bhd telah dilantik oleh Majlis Daerah Mersing sebagai pengendali tempat letak kereta pintar (smart parking) untuk parkir di kawasan terbuka di kawasan Mersing.

LuMIC : Visi 25 Tahun Pacu Ekonomi Perak, Perkukuh Sektor Pelabuhan Negara

Oleh Razif Rosli dan Muhamad Adzhar Tajudin

LUMUT, 10 Feb  (Bernama) -- Projek Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) yang dirancang untuk pembangunan selama 25 tahun, dilihat bukan sahaja dapat menjana ekonomi negeri Perak dalam jangka masa panjang malah menjadi pelengkap kepada sektor pelabuhan negara.

Sarawak Beri Lesen Penjanaan Tenaga Solar 30 Tahun Kepada Zecon

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP) di Kuching.

INSKEN Sasar Latih 25,000 Usahawan, Tumpu Golongan B40

PASIR SALAK, 6 Feb (Bernama) -- Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tahun ini.

PKNPk, Gamuda Bekerjasama Tangani Isu Kekurangan Air Kritikal Di Perak Utara

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Gamuda Bhd menandatangani perjanjian pengaturan eksklusif dengan matlamat untuk membangunkan infrastruktur dalam menangani masalah kekurangan air yang kritikal di Perak Utara.