BERITA TERKINI   Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera baharu berkuat kuasa 1 Feb - Mohamed Khaled | 

Terdapat 45 berita berdasarkan kata kunci carian " bidaan"

Malaysia Akan Lancar Bidaan TBB Rentas Sempadan Bagi Singapura Pada Akhir Tahun - Fadillah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bidaan tenaga boleh baharu (TBB) rentas sempadan Malaysia bagi pengimport tenaga Singapura, di bawah Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) akan bermula menjelang akhir tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Petronas Manfaatkan AI Bagi Keputusan Pelabur Dipacu Data Sektor E&P Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Petronas menerusi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) bekerjasama dengan Earth Science Analytics (ESA) dan Amazon Web Services (AWS) untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (ML) termaju untuk mempercepat usaha penerokaan di Lembangan Melayu dan meningkatkan keupayaan platform Petronas myPROdata.

IILM Terbit Semula Ṣukuk Jangka Pendek Terbesar Tahun Bernilai US$1.31 Bilion

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) telah menyelesaikan penerbitan semula sukuk jangka pendek beragregat US$1.31 bilion (US1=RM4.3415) merentasi tenor satu, tiga dan enam bulan.

YTL Power Perjelas Projek 1BestariNet Diperoleh Melalui Tender Terbuka

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- YTL Power International Bhd hari ini menjelaskan pihaknya telah diberikan projek 1Bestarinet melalui proses tender terbuka, dan menepis tuduhan salah laku.

Tiga Syarikat Penuhi Syarat Sertai Bidaan Bekalan TBB Ke Singapura - PETRA

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Sebanyak tiga syarikat berjaya memenuhi semua syarat untuk menyertai bidaan dalam talian pada 16 Jun, 2024 bagi projek rintis pembekalan tenaga boleh baharu (TBB) rentas sempadan ke Singapura melalui Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).

Objektif Strategik Astronautic Technology Sdn Bhd Telah Dicapai - MoF

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) --  Secara dasarnya objektif strategik Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB), syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) telah dicapai apabila membangunkan dan melancarkan satelit penderiaan jauh mikro TiungSAT-1 pada 26 Sept, 2000.

Suruhanjaya Tenaga Akan Umum Pembida Berjaya Untuk LSS5 Pada November Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga (ST) akan mengumumkan pembida berjaya untuk pusingan kelima program Solar Skala Besar (LSS5) pada November depan, kata ketua pegawai eksekutifnya Datuk Razib Dawood.

Filipina Giat Tinjau Peluang Usaha Sama Pembangunan Lapangan Terbang

Daripada Kisho Kumari

MANILA, 3 Okt (Bernama) -- Filipina sedang giat meninjau peluang usaha sama bagi pembangunan lapangan terbang di negara itu.

Malaysia Bakal Perkenal Rangka Kerja Kawal Selia Sasar Jadi Hab CCUS Global - Rafizi

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia bercadang untuk memperkenalkan rangka kerja kawal selia mampan di parlimen pada November ini dengan matlamat menjadikan negara sebagai hab pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) global.