Terdapat 71 berita berdasarkan kata kunci carian " bernama tv"

UNIPAC Engineering Sasar Jadi Peneraju Sektor Pengujian Automotif

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Penyedia solusi bagi industri automotif dan kejuruteraan, UNIPAC Engineering (M) Sdn Bhd menyasar menjadi pemain utama dalam sektor pengujian automotif tempatan dan di Asia Tenggara melalui pendekatan kejuruteraan menyeluruh serta pelaburan berterusan dalam teknologi pintar.

Pelaburan Teknologi Baharu Pacu Transformasi KPMC Ke Arah Hospital Digital

Oleh Mohd Noor Azeery Idris

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kesihatan swasta tempatan Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) sedang aktif melabur dalam teknologi perubatan terkini sebagai sebahagian daripada strategi transformasi digital untuk menjadi hospital yang lebih mesra pesakit.

ASEAN Digesa Rapatkan Jurang PMKS Bagi Rangsang Pertumbuhan

Oleh V. Sankara Subramaniam

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- ASEAN perlu memberi keutamaan teratas bagi usaha merangka strategi dan dasar untuk mengatasi cabaran yang dihadapi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menurut sebuah dewan perniagaan.

ASEAN Digesa Bersama Dalam Konsensus Hadapi Rundingan Tarif Timbal Balas AS - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Blok ASEAN digesa untuk bersama dalam konsensus bagi mendepani isu tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) agar semua negara anggota mendapat manfaatnya, kata pakar ekonomi. 

Australia Berunding Dengan Malaysia Untuk Pertingkatkan Perdagangan Eksport Halal

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Australia ketika ini sedang berunding dengan Malaysia mengenai perkongsian strategik untuk meningkatkan industri eksport daging halalnya.

Peluang Pasarkan Produk Halal Di MENA, ASEAN Tarik Minat Bubbles O2 Untuk Luaskan Eksport

KUALA LUMPUR, 18 Mei (BERNAMA) -- Peneraju air mineral beroksigen tempatan, Bubbles O2 Sdn Bhd merancang untuk menembusi pasaran rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) serta ASEAN, dikenal pasti mempunyai jurang signifikan dalam penawaran produk halal.

Richiamo Coffee Sasar Tembusi 5-10 Pasaran Antarabangsa Dalam Tempoh Lima Tahun 

Oleh Mohd Noor Azeery Idris

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Rangkaian kafe kopi premium milik anak tempatan, Richiamo Coffee Sdn Bhd merancang untuk meluaskan lagi sayapnya ke peringkat antarabangsa dengan menyasarkan lima hingga 10 pasaran global dalam tempoh lima tahun akan datang.

Industri MICE Diunjur Tarik Lebih 25 Juta Pelancong, Jana Pendapatan RM76.8 Bilion

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) - Industri acara perniagaan atau Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) diunjur merekodkan ketibaan lebih 25 juta pelancong dan menjana jumlah pendapatan mencecah RM76.8 bilion susulan Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini dan Tahun Melawat Malaysia tahun depan.

Pelabur Amerika Syarikat Kekal Minat Labur Di Malaysia - AmCham

KUALA LUMPUR, 1 Mei  (Bernama) - Wujud minat yang berterusan daripada syarikat Amerika Syarikat (AS) yang mahu melabur di Malaysia di tengah-tengah ketegangan perdagangan AS-China.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia Komited Pacu Pelaksanaan DEFA - Gobind

KUALA LUMPUR, 17 April  (Bernama) -- Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, komited untuk memastikan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) dapat dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo. 

Negara ASEAN Perlu Runding Tarif AS Secara Kolektif, Kata Pakar

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kalangan negara ASEAN perlu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) secara kolektif berkenaan dasar tarif terkini, kata pakar.

Kanada Pergiat Usaha Tingkat Dagangan, Pelaburan Termasuk Dengan Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kanada sedang mempergiatkan usaha bagi meningkatkan aspek perdagangan dan pelaburannya, termasuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia selain menembusi pasaran baharu.