BERITA TERKINI   Johor tetapkan kadar zakat fitrah tahun ini kepada tiga kategori, RM8, RM10 dan RM20 - Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor | Nilai transaksi perbelanjaan SARA di pasaran tempatan mencecah RM4.8 bilion - Amir Hamzah | Sebanyak RM150 juta baki peruntukan bantuan Program SARA (MyKasih) tidak dibelanjakan penerima sehingga 31 Dis 2025 - Amir Hamzah | Seorang lelaki maut dan tujuh lagi cedera dalam kemalangan di KM 433 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Rawang awal pagi tadi - Bomba Selangor | Seramai 31 mangsa terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di KM433 Lebuhraya PLUS arah selatan awal pagi tadi - Bomba Selangor | 

Terdapat 1744 berita berdasarkan kata kunci carian " bekalan"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh jangkaan pengeluaran lebih rendah dalam beberapa minggu akan datang, kata seorang pedagang.

Ringgit Ditutup Pada Paras 3.96 Berbanding Dolar AS Untuk Kali Pertama Sejak 2018

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Ringgit melonjak melepasi paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS semasa ditutup hari ini berikutan mata wang itu meneruskan aliran meningkat bermula minggu lepas, mencerminkan sentimen yang semakin baik terhadap asas ekonomi dan kestabilan dasar negara.

N.Sembilan Berpotensi Jadi Hab Utama Data Dengan Pembinaan Kampus Pusat Data Hijau

SEREMBAN, 26 Jan (Bernama) -- Negeri Sembilan berpotensi muncul sebagai antara hab utama data dan teknologi di Malaysia susulan pembangunan Kampus Pusat Data Hijau Nexus Yang di Taman Perindustrian NS Semiconductor Valley (NSSV) di sini.

Loji SAF Pertama Di Johor Perkukuh Kepimpinan Malaysia Dalam Penerbangan Mampan

PASIR GUDANG, 26 Jan (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh kepimpinannya dalam penerbangan mampan dan peralihan tenaga melalui pelancaran loji bahan api penerbangan mampan (SAF) berskala komersial pertama negara di Tanjung Langsat hari ini.

MATRADE Ketuai 120 Syarikat F&B Malaysia Sertai Pameran Gulfood 2026 Di Dubai

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lebih 120 syarikat makanan dan minuman (F&B) Malaysia menyertai pameran Gulfood 2026 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung dari 26-30 Jan.

Pulau Pinang Belum Putuskan PIFC - Chow

GEORGE TOWN, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang masih belum membuat sebarang keputusan bagi penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFC) termasuk penentuan zonnya, namun perbincangan di peringkat tertinggi bersama pihak kawal selia masih diteruskan.

MTT Shipping And Logistics Dapat Kelulusan SC Untuk Penyenaraian Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- MTT Shipping and Logistics Bhd (MTTSL) memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Pelaburan Ecoceres Bakal Jadikan Johor Dalam Rantaian Bekalan Global Bahan Api -- Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 25 Jan (Bernama) -- Syarikat global dalam pengeluaran bahan api mampan dan rendah karbon, EcoCeres Renewable Fuels yang membuat pelaburan di Tanjung Langsat, Pasir Gudang bakal meletakkan Johor dalam rantaian bekalan global bahan api masa hadapan.

Syarikat Austria Berminat Perluas Kerjasama Dalam Tenaga Hidro Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Syarikat Austria berminat untuk memperluas kerjasama dalam pembangunan tenaga hidro dengan Malaysia, menawarkan teknologi terkini dan kepakaran untuk menyokong matlamat tenaga boleh baharu (TBB) negara dan memenuhi permintaan terhadap elektrik yang meningkat daripada sektor seperti pusat data.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Tidak Berubah Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan disebabkan pembelian adalah terhad kepada keperluan segera dan pengisian stok semula, kata pakar industri Denis Low.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Jumaat, disokong oleh pemulihan harga minyak mentah, kata seorang peniaga. 

ASEAN Berpotensi Hasilkan 8.5 Juta Tong SAF Sehari Menjelang 2050 - Laporan

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Negara-negara ASEAN berpotensi menghasilkan 8.5 juta tong bahan api penerbangan mampan (SAF) sehari menjelang 2050 selaras dengan keperluan mendesak untuk menyahkarbon sektor penerbangan, dengan Malaysia, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand mempunyai bahan mentah yang banyak untuk menyokong pengeluaran SAF.