Terdapat 405 berita berdasarkan kata kunci carian " bantuan"

Naik Taraf AITIGA, Kerjasama Semikonduktor Tingkatkan Hubungan Ekonomi ASEAN-India - Penganalisis

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA) yang dinaik taraf dan kerjasama semikonduktor dengan India yang diperluaskan dijangka membentuk fasa seterusnya dalam hubungan ekonomi ASEAN-India, kata penganalisis.

MATRADE Yakin Capai Sasaran Nilai Jualan RM3 Bilion Di MIHAS@Shanghai

Daripada Amanina Mohamad Yusof

SHANGHAI, 7 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yakin dapat mencapai nilai jualan mencecah RM3 bilion di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia di Shanghai (MIHAS@Shanghai) 2025, yang berlangsung dari 5-10 Nov, di sini.

EXIM Bank Tukar MoU Strategik Dengan PTRB, SINOSURE Di MIHAS Shanghai 2025

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia (EXIM Bank) telah bertukar dua memorandum persefahaman (MoU) dengan PT Resources Holdings Bhd (PTRB) dan China Export & Credit Insurance Corporation (SINOSURE) semasa Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Shanghai 2025. 

Gabenor: Ekonomi Malaysia Kekal Pada Landasan Pertumbuhan Stabil Menjelang 2026

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Berikut adalah transkrip wawancara Bernama menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Kerajaan Kurangkan Unjuran Kebergantungan Hasil Petroleum Kepada 12.5 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengunjurkan kebergantungan kepada hasil berkaitan petroleum adalah lebih rendah pada kadar 12.5 peratus untuk 2026 berbanding 16.9 peratus pada 2025, menurut Kementerian Ekonomi.

Kedai Rakan Niaga SARA Berjumlah 8,700 Setakat 3 Nov -- MOF

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Jumlah kedai rakan niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada 8,700 di seluruh negara setakat 3 November, 2025 berbanding 700 termasuk kedai kecil pada 2024 dan bilangan ini dijangka terus bertambah dari semasa ke semasa.

RM18.9 Juta Geran Beep Diluluskan Kepada 182 PMKS Sabah

PENAMPANG, 4 Nov (Bernama) -- Sebanyak RM18.9 juta bantuan kewangan menerusi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2.0 dan BEEP Plus telah diluluskan kepada 182 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah setakat ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

BUDI95: Lebih 13.1 Juta Rakyat Malaysia Nikmati Manfaat Setakat 31 Okt 2025

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Seramai lebih 13.1 juta daripada 16.5 juta rakyat Malaysia, iaitu hampir 80 peratus menerima manfaat daripada pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95), dengan nilai jualan lebih RM2.66 bilion atau 1.33 bilion liter, setakat 31 Okt 2025.

Kerajaan Teliti Penyasaran Semula Subsidi Ke Atas Barangan Lain Secara Berperingkat

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan meneliti pelaksanaan penyasaran semula subsidi dan bantuan ke atas barangan subsidi lain seperti gula, beras dan minyak masak secara berperingkat dan berfasa. 

Perjanjian Damai KL: Keamanan Tidak Boleh Dianggap Remeh, begitu Juga Bagi Gaza, Ukraine - PM Anwar

GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja merupakan peringatan yang membawa kesan mendalam bahawa keamanan tidak boleh dianggap remeh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Allianz Malaysia Perkukuh Kehadiran Di Wilayah Utara Dengan Penempatan Semula Cawangan Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd sedang memperkukuh kehadirannya di wilayah utara dengan membuka cawangan baharu di Pulau Pinang hari ini.

Kejayaan Tarik Potensi Pelaburan RM12.79 Bilion Di Ekspo Osaka Cermin Keyakinan Syarikat Jepun - MIDA

OSAKA, 28 Okt (Bernama) -- Kejayaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menarik potensi pelaburan bernilai RM12.79 bilion daripada syarikat Jepun di Ekspo 2025 Osaka menandakan keyakinan kukuh mereka terhadap ekosistem perindustrian Malaysia.