2bulan ago
BATU GAJAH, 6 Nov (Bernama) -- Lebih 20,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan melalui projek pembangunan Ipoh Sentral yang dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Perak dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
2bulan ago
CYBERJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Kejayaan Malaysia dalam membangunkan industri semikonduktor bergantung kepada keupayaan negara melahirkan kumpulan bakat tempatan yang berkemahiran tinggi dan mampu memenuhi keperluan pelabur global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
Daripada Mohd Hisham Abdul Rafar
SHANGHAI, 6 Nov (Bernama) -- Malaysia meningkatkan sasaran jualan kepada RM3 bilion daripada unjuran awal RM2.5 bilion yang dijana daripada acara Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS)@Shanghai di China, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
2bulan ago
CYBERJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor menerusi Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bekerjasama dengan Artem Venture Fund untuk menubuhkan Dana Semikonduktor Selangor atau Ehsan Capital bagi memperkukuh usaha memperkasakan industri semikonduktor.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Sumber saintifik dan kewangan harus disegerakan untuk memahami dan menangani kesan perubahan iklim, memandangkan peristiwa cuaca ekstrem bukan lagi jarang berlaku tetapi berulang dan semakin meningkat, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pelan Tindakan Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) 2026-2030 yang dilancarkan hari ini akan menjadikan rantau ini sebagai destinasi kepada pelaburan yang bertanggungjawab untuk tempoh jangka panjang.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerjasama lebih kukuh antara kerajaan dan industri penting bagi membantu melindungi negara, perniagaan dan rakyat di seluruh ASEAN ketika kecerdasan buatan (AI) dan teknologi canggih mencorakkan semula ekonomi global dan mengubah landskap ancaman siber.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kadar jenayah kewangan yang meningkat menggariskan keperluan mendesak untuk kerjasama rentas sempadan dan seluruh ekosistem bagi menangani ancaman itu, kata Asian Institute of Chartered Bankers (AICB).
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, mencerminkan kebanyakan pasaran serantau susulan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih terus melemahkan sentimen pasaran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Jumlah kedai rakan niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada 8,700 di seluruh negara setakat 3 November, 2025 berbanding 700 termasuk kedai kecil pada 2024 dan bilangan ini dijangka terus bertambah dari semasa ke semasa.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) menyediakan kemudahan Pembiayaan Pelaburan Luar Negara Islam bernilai US$70 juta (US$1=RM4.19) kepada anak syarikat milik penuh Berjaya Land Bhd, Berjaya Okinawa Investment (S) Pte Ltd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Portfolio Sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) mencapai paras rekod baharu sebanyak US$6.2 bilion (US$1=RM4.20).