BERITA TERKINI   Insiatif Sejahtera MADANI diluncur basmi kemiskinan, RM120 juta berjaya dikumpul - PM Anwar | Tiada bukti sahih lokasi keberadaan Jho Low, KDN sentiasa jalin kerjasama erat dan berterusan dengan agensi luar negara - Saifuddin Nasution | Inisiatif Duta NADI akan diperluas di semua universiti seluruh negara dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar - Fahmi | Sabah negeri pertama laksana program Duta NADI, libatkan 50 mahasiswa UMS sebagai sukarelawan sebar luas kesedaran literasi - Fahmi | Polis tahan empat lelaki, rampas 112.1kg bunga ganja bernilai RM3.72 juta dalam dua serbuan di Bukit Mertajam - Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang | 

Terdapat 4653 berita berdasarkan kata kunci carian " as"

Pulau Pinang Catat Pelaburan Pembuatan Diluluskan RM411.8 Juta Dari China

GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang mencatat pelaburan pembuatan diluluskan bernilai RM411.8 juta dari China bagi tempoh separuh pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan trend meningkat untuk ditutup tinggi hari kelima berturut-turut meskipun peningkatan lebih kecil, hampir separuh daripada yang diniagakan semalam pada kontrak Disember. 

Malaysia Airlines Lancar Penerbangan Sulung Ke Bandar Raya Da Nang

DA NANG (Vietnam), 24 Sept (Bernama-VNA) -- Penerbangan MH748 Malaysia Airlines, yang membawa 160 penumpang dari Kuala Lumpur, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang pada Selasa, menandakan penerbangan sulungnya di laluan Kuala Lumpur - Da Nang.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Melonjak Ke Paras Tertinggi Dalam 34 Bulan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.

Malaysia-Indonesia Bincang Kerjasama Dalam Pembangunan Koperasi, PMKS

PUTRAJAYA, 24 Sept (Bernama) -- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini mengadakan perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Indonesia, Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah Teten Masduki berkaitan kerjasama dua hala dalam pembangunan koperasi serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Positif Pasaran Serantau

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan prestasi memberangsangkan saham global dan juga serantau yang dipengaruhi oleh prestasi positif di Wall Street semalaman dan pengumuman pakej rangsangan oleh China untuk merancakkan ekonominya. 

Laluan Siem Reap-Singapura AirAsia Cambodia Rangsang Sektor Penerbangan Kemboja

Daripada Vijian Paramasivam

PHNOM PENH, 24 Sept (Bernama) -- AirAsia Cambodia mengumumkan langkah strategik untuk melancarkan laluan baharu Siem Reap ke Singapura dengan menyasarkan peningkatan trafik penumpang akhir tahun yang akan membantu merangsang sektor penerbangan domestik.

Affin Bank Optimis Ekonomi Malaysia Dalam Persekitaran Kemungkinan Kemelesetan Global

GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Affin Bank Bhd menjangkakan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia kekal memberangsangkan pada lima peratus tahun ini dan pada 5.2 peratus tahun depan meskipun berhadapan kemungkinan kecil kemelesetan global.

MAPIM Seru Sokongan Rentas Politik Pulih, Lonjak Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa semua pihak tanpa mengira ideologi politik supaya menyokong usaha Kerajaan MADANI memulih dan mengukuhkan ekonomi negara dalam situasi nilai ringgit yang kian mengukuh.

Kluang Bakal Jadi Hab Logistik Johor - Menteri Besar

JOHOR BAHRU, 24 Sept (Bernama) -- Kluang bakal menjadi hab logistik bagi negeri Johor berikutan pembangunan beberapa projek infrastruktur di daerah itu seperti Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (Gemas-JB EDTP), pelebaran lebuh raya PLUS dan kerja menaik taraf jalan persekutuan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Disokong Oleh Langkah Rangsangan China

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Selasa, sejajar dengan bursa serantau dan disokong oleh langkah rangsangan baharu oleh China, menurut penganalisis.

Pasaran Pusat Data ASEAN Cecah US$11 Bilion Menjelang 2028 - Maybank IB

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pasaran pusat data ASEAN dijangka boleh mencecah US$11 bilion (US$1=RM4.20) menjelang 2028 berikutan ledakan permintaan pusat data global, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB) Bhd.