BERITA TERKINI   Kerajaan negeri perlu patuhi ketetapan berkaitan pembinaan rumah ibadat secara tidak sah - PM Anwar | 

Terdapat 1039 berita berdasarkan kata kunci carian "cepa"

Ringgit Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS Pada Awal Dagangan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong sentimen pasaran yang lebih baik susulan langkah sokongan fiskal terkini.

CGC Tingkat Ciri Pembiayaan Skim BizJamin MTC, BizJamin-i MTC Sokong Syarikat Pertengahan 

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) telah menambah baik ciri pembiayaan di bawah skim BizJamin MTC dan BizJamin-i MTC yang kini membolehkan syarikat pertengahan (MTC) memohon pinjaman berjumlah RM1 juta hingga RM5 juta.

Tekanan Kos, Kawal Selia Dorong Penyatuan Strategik Dalam Pasaran Pusat Data Malaysia -JLL

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Sektor pusat data Malaysia yang berkembang pesat kini memasuki fasa penyatuan iaitu satu perkembangan semula jadi yang turut diperhatikan di pasaran yang lebih matang, kata firma hartanah komersial global, JLL.

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Di Tengah-tengah Cabaran Global - AMRO

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Malaysia terus mempamerkan ekonominya yang berdaya tahan pada 2025, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, aktiviti pelaburan yang memberangsangkan dan keadaan pasaran buruh yang kukuh walaupun berdepan tekanan daripada ketegangan perdagangan global dan ketidaktentuan dasar.

Data, Pendigitalan Penting Dalam Manfaatkan Potensi Perdagangan Sabah

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 22 Julai (Bernama) -- Data dan pendigitalan menjadi alat yang penting dalam memanfaatkan sepenuhnya potensi perdagangan dan logistik Sabah, kata seorang pakar logistik.

Kerangka Kerja Pusat Data Akan Pastikan Penyelarasan Dasar Dan Pembangunan - Gobind

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kerangka Kerja Pusat Data yang akan dibangunkan oleh Kementerian Digital menerusi Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) akan memastikan dasar dan pelaksanaan pembangunan pusat data diselaras secara menyeluruh.

BCX, UEM Lestra Meterai MoC Untuk Lelongan Pertama CRESS

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Unit milik penuh Bursa Malaysia Bhd, Bursa Carbon Exchange (BCX) telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan UEM Lestra Bhd, unit milik penuh UEM Group Bhd untuk merintis lelongan Kontrak Bekalan Tenaga Dua Hala (BESC) pertama di Malaysia di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).

RMK-13 Sasar Pertingkat Daya Saing Malaysia Menerusi Pembuatan Bernilai Tinggi - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dijangka meningkatkan daya saing Malaysia dengan mempromosikan pembuatan bernilai tinggi menerusi dasar mesra perniagaan dan pelabur, kata ahli ekonomi.

Infomina Lancar Platform Penilaian Hartanah Digital Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) – Infomina Bhd, syarikat penyedia penyelesaian teknologi memperkenalkan ValuationXchange, platform penilaian hartanah digital pertama di Malaysia yang diiktiraf industri, melalui kerjasama strategik dengan Geolytik Tech Sdn Bhd.

Malaysia Perlu Banyakkan Teknologi Asli, Inovasi, Tidak Hanya Hasilkan Produk - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Malaysia memerlukan lebih banyak teknologi dan inovasi yang dicipta dalam negara, berbanding menghasilkan lebih banyak produk, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

MAHB Optimis Capai Sasaran 62 Juta Pergerakan Penumpang Menjelang Akhir 2025

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) optimis untuk mencapai sasaran 62 juta pergerakan penumpang menjelang akhir tahun ini, satu pencapaian penting yang akan menandakan pemulihannya kepada tahap sebelum pandemik.

MIMOS Lantik Saat Shukri Sebagai Presiden, CEO Kumpulan Baharu

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- MIMOS Bhd (MIMOS) telah melantik Saat Shukri Embong sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 14 Julai, 2025.