Terdapat 651 berita berdasarkan kata kunci carian "alam sekitar"

ASEAN Perlu Melangkaui Angka Perdagangan Dan Pelaburan Tradisional - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan yang tradisional serta memberi tumpuan kepada kerjasama yang bersifat transformasi dan berorientasikan masa depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Sarawak Energy Tauliah Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri Skala Utiliti Pertama Malaysia

KUCHING, 14 Feb (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd (SEB) telah mentauliahkan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri Skala Utiliti Pertama Malaysia (BESS) di Loji Tenaga Sejingkat.  

MISIF, MSA Sokong Cadangan Jawatan Kuasa Bebas Tangani Isu Industri Besi Dan Keluli – MITI

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) serta Persatuan Keluli Malaysia (MSA) menyokong cadangan jawatan kuasa besi bebas bagi menangani cabaran utama dalam industri tersebut, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Blackmores Peroleh Sijil Halal Jakim, Perluas Akses Kepada Pengguna Islam

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Komitmen BLACKMORES dalam menyediakan suplemen kesihatan berkualiti tinggi kepada lebih ramai pengguna termasuk masyarakat Islam, diperkukuh menerusi pemerolehan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Johor Sasar 1,245 Stesen Pengecas EV Menjelang 2030

JOHOR BAHRU, 12 Feb (Bernama) --Kerajaan negeri Johor menyasarkan untuk mewujudkan 1,245 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negeri itu menjelang 2030 berbanding 377 stesen pada masa ini.

'Green Halal', Pencetus Perubahan Untuk Pertumbuhan Perniagaan - Alliance Islamic Bank

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Konsep ‘green halal’ (halal hijau) walaupun tidak diketahui ramai, memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan perniagaan dengan menggabungkan amalan halal dan mampan, kata Alliance Islamic Bank Bhd (AIS).

SME Bank Salur Pembiayaan RM3.6 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank) telah meluluskan kira -kira RM3.6 bilion dalam pembiayaan untuk tahun kewangan 2024, naik 35.1 peratus dari tahun sebelum ini.

Sarawak Tingkatkan Pengeluaran Hidrogen Hijau Komersial - Abang Johari 

KUCHING, 10 Feb (Bernama) -- Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

LuMIC : Visi 25 Tahun Pacu Ekonomi Perak, Perkukuh Sektor Pelabuhan Negara

Oleh Razif Rosli dan Muhamad Adzhar Tajudin

LUMUT, 10 Feb  (Bernama) -- Projek Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) yang dirancang untuk pembangunan selama 25 tahun, dilihat bukan sahaja dapat menjana ekonomi negeri Perak dalam jangka masa panjang malah menjadi pelengkap kepada sektor pelabuhan negara.

Yinson Beri Geran Y4Y RM50,000 Kepada Yayasan SOLS Dan SAGEMAKER ASIA

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd telah menganugerahkan geran Yinson4Youth (Y4Y) kepada Yayasan SOLS dan SAGEMAKER ASIA PLT, dengan setiap organisasi menerima geran sebanyak RM50,000.

Gabungan Lestari, Kesejahteraan Ciri Unik Percutian Eko Mewah The Chateau Berjaya Hills

Oleh Harizah Hanim Mohamed

BENTONG, 6 Feb (Bernama) – Pengharmonian elemen santai, menikmati keindahan selain menyuntik kesedaran mengurangkan impak ke atas alam semula jadi menjadi pendekatan Berjaya Hills Resort Bhd bagi menghidupkan percutian eko di The Chateau Spa and Wellness Resort di sini.

Makmal Inovasi Kewangan Iklim Dijangka Beroperasi Pada Separuh Pertama 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Makmal Inovasi Kewangan Iklim (CFIL) yang diterajui oleh Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), dijangka mula beroperasi pada separuh pertama 2025 (1H 2025), menurut Bank Negara Malaysia (BNM).