1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Standard Chartered (Stanchart) menjangkakan ringgit mencecah paras 4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025, sekali gus mengekalkan prospek positif daripada kedudukan lebih aset kewangan domestik yang lebih baik.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 14 Jan (Bernama) -- Selgate Corp Sdn Bhd (Selgate Corp), melalui anak syarikat penjagaan kesihatannya, Selgate Healthcare Sdn Bhd menandatangani perjanjian pembangunan dan pajakan bersama MTT Properties and Development Sdn Bhd (MTT Properties) bagi membina sebuah hospital pakar swasta di Balik Pulau, Pulau Pinang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) adalah bukti visi bersama Malaysia dan Singapura dalam usaha saling melengkapi kelebihan negara untuk memacu kemajuan ekonomi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Pemaju hartanah Arte Corp Malaysia bekerjasama dengan COBNB Malaysia, pengendali penginapan mewah jangka pendek, untuk menguruskan unit-unit kediaman ikonik Arte Solaris yang dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar RM460 juta di Mont Kiara.
1tahun ago
JOHOR BAHRU, 8 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor akan mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil kerajaan dan syarikat di Qatar yang berpotensi meningkatkan ekonomi dan pelaburan sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negeri itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada tahun ini, didorong oleh permintaan domestik yang baik, aktiviti pelaburan yang rancak serta pertumbuhan dalam eksport dan pelancongan, walaupun terdapat potensi ketidaktentuan global, menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
1tahun ago
Oleh Nur Fadhliana Shaari
JOHOR BAHRU, 8 Jan (Bernama) -- Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semalam menandakan bab baharu dalam usaha sama membangunkan ekonomi serantau, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Lee Ting Han.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 7 Jan (Bernama) -- Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju dan pertanian moden.
1tahun ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah dan Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Angka kerugian mencecah RM54 bilion setahun yang ditanggung rakyat Malaysia akibat kes penipuan dalam talian bukan setakat mengejutkan, malah membimbangkan lebih-lebih lagi jumlah itu mewakili kira-kira tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
1tahun ago
GEORGE TOWN, 31 Dis (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan yang memberangsangkan dalam sektor perindustrian pada 2024 dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM22.6 bilion sehingga suku ketiga tahun ini.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 28 Dis (Bernama) -- Iconic Penang Sdn Bhd, hari ini merasmikan Hotel Iconic Marjorie yang juga sebahagian Hotel Portfolio Tribute di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
1tahun ago
SIPITANG, 28 Dis (Bernama) -- Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.