Prestasi Kukuh Ringgit Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini meskipun prestasi lemah di Wall Street, disokong oleh pengukuhan ringgit yang terus meningkatkan sentimen pelabur.
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini meskipun prestasi lemah di Wall Street, disokong oleh pengukuhan ringgit yang terus meningkatkan sentimen pelabur.
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi kebimbangan mengenai prestasi eksport yang hambar, kata peniaga minyak sawit David Ng.
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Urus niaga saham Malpac Holdings Bhd di Bursa Malaysia akan digantung mulai 9 Dis 2025.
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- FBG Holdings Bhd memeterai pindaan ketiga kepada kontraknya dengan Kementerian Pertahanan Australia iaitu menambah satu lagi pakej kerja bernilai RM132.51 juta kepada projek infrastruktur di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Butterworth, Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- LAC Med Bhd mencatatkan tawaran awam permulaan (IPO) terlebih langganan sebanyak 12.64 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai.
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan sentimen menghindari risiko menguasai pasaran, dengan para pelabur beralih kepada logam berharga itu menjelang potensi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) penghujung bulan ini.
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan bulan terakhir tahun ini dengan kedudukan lebih kukuh apabila indeks utama naik 1.25 peratus ketika ditutup Isnin, didorong oleh aktiviti pemburuan saham murah yang kembali aktif dan pengimbangan semula portfolio hujung tahun oleh pelabur institusi.
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd (PMRMB) memaklumkan jeti produknya di Port Dickson Refinery (PDR), yang terletak di luar pesisir Port Dickson, Negeri Sembilan mengalami kerosakan dan sebahagiannya runtuh susulan ribut tropika Senyar pada Jumaat lepas.
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dengan indeks utama itu meningkat 1.09 peratus, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau yang turut mencatat kenaikan menjelang pengumuman beberapa data penting.
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki peningkatan di Wall Street pada Jumaat berikutan sentimen keseluruhan telah didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada Disember, dengan kebanyakan pelabur menjangka penurunan selanjutnya sebanyak 25 mata asas.
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meningkat sedikit minggu depan berikutan kebimbangan terhadap faktor berkaitan cuaca, kata seorang peniaga.