BERITA TERKINI   GSF 2.0: 16 rakyat Malaysia menaiki sembilan kapal dipintas tentera Israel setakat pukul 8 malam - SNCC | Malaysia kecam keras tindakan biadab rejim Zionis tahan aktivis GSF, tuntut jaminan keselamatan dan pembebasan segera - PM Anwar | GSF 2.0: SNCC sahkan lapan rakyat Malaysia ditahan tentera Israel setakat pukul 6 petang waktu Malaysia | 

Urus Niaga Saham Malpac Holdings Digantung Mulai 9 Dis

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Urus niaga saham Malpac Holdings Bhd di Bursa Malaysia akan digantung mulai 9 Dis 2025.

Bursa Malaysia melalui pekeliling penyenaraiannya berkata Malpac telah gagal mengemukakan cadangan pelan regularisasi kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk kelulusan dalam tempoh masa yang dilanjutkan iaitu pada 28 November 2025.

Dilaporkan bahawa Malpac telah memohon lanjutan untuk mengemukakan pelan regularisasinya  kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan meminta lanjutan selama 12 bulan sehingga 28 November 2026.

-- BERNAMA