1tahun ago
Oleh Muhamad Amir Aiman Azlan
SHAH ALAM, 11 Nov (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) dan PayMate berganding bahu dalam usaha memperkasa kira-kira 70,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negeri ini dengan menawarkan kemudahan pilihan pembayaran tambahan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- TM Global, cabang perniagaan borong TM, akan mengembangkan Pusat Data Lembah Klang (KVDC) di Cyberjaya dan Pusat Data Iskandar Puteri (IPDC) di Johor, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan pengehosan data domestik dan antarabangsa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Destini Bhd menerusi anak syarikatnya, Destini Prima Sdn Bhd (DPSB) berjaya memperoleh kontrak bernilai RM33.05 juta daripada Kementerian Pertahanan untuk menyediakan perkhidmatan penyenggaraan bagi peralatan keselamatan dan survival kelengkapan pesawat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memberi jaminan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan untuk memulakan pembangunan tenaga nuklear, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1tahun ago
Daripada Nur Athirah Mohd Shaharuddin
SUNGKAI, 8 Nov (Bernama) -- FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Melewar Industrial Group Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kesatuan Pengeksport Bijirin Rusia (RusGrain Union) untuk mendapatkan bekalan bijirin bagi tempoh jangka panjang sebagai respons kepada inisiatif kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan sektor keselamatan makanan negara.
1tahun ago
Daripada Nur Athirah Mohd Shaharuddin
SUNGKAI, 8 Nov (Bernama) -- FGV Holdings Bhd akan memanfaatkan asas pelanggan sedia adanya dalam usaha mengeksport produk minyak isirung sawit mentah (CPKO) ke Eropah pada akhir tahun ini.
1tahun ago
PETALING JAYA, 7 Nov (Bernama) -- SIRIM Bhd telah diiktiraf atas keupayaannya untuk menerajui pembangunan piawaian dan pensijilan keluli hijau sekali gus mewujudkan standard global bagi keluli sifar bersih yang dihasilkan secara mampan, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1tahun ago
SHAH ALAM, 6 Nov (Bernama) -- Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) menjangkakan penangguhan penghantaran kumpulan lembu betina pertamanya dari Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh enam bulan hingga satu tahun berikutan pembatalan penghantaran, akibat kebimbangan wabak selesema burung.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Johor Bahru menggantung lesen pengendali kenderaan barangan anak syarikat pengangkutan kargo Xin Hwa Holdings Bhd (Xin Hwa).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- SEACare 2025, pameran perdagangan farmaseutikal dan penjagaan kesihatan yang unggul di Asia Tenggara akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dari 23 hingga 25 April 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Shell Malaysia Ltd dan Progressture Power Sdn Bhd menjalin kerjasama bagi pemasangan solar berkapasiti sehingga 20 megawatt puncak (MWp) di bumbung lebih 600 stesen runcit di seluruh negara ini.