9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Vietnam Pham Minh Chinh mengadakan perbincangan mengenai tindakan bersama ASEAN terhadap tarif perdagangan sepihak yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Malaysia tidak seharusnya panik dan gopoh membuat keputusan berhubung kesan tarif timbal balik 24 peratus ke atas barangan Malaysia oleh Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
9bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 4 April (Bernama) -- Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong mengadakan perbincangan melalui telefon pada Jumaat bagi membincangkan perkembangan penting di rantau ini, termasuk tarif terbaharu Amerika Syarikat.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kalangan negara ASEAN perlu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) secara kolektif berkenaan dasar tarif terkini, kata pakar.
9bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) - Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah ketidaktentuan tarif timbal balik yang dikenakan oleh pentadbiran Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) -- Malaysia, selaku pengerusi ASEAN tahun ini akan mengutamakan kepentingan memperkukuh hubungan ekonomi serantau susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas negara anggota blok itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Malaysia mengenal pasti tiga Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) di bawah Trek Kewangan -- pembiayaan mampan, ekonomi digital dan pembangunan inklusif yang menjadi tumpuan utama perbincangan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN ke-12 (AFMGM) pada 7-10 April ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Ringgit mencatat penyusutan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat, diasak tekanan susulan pengumuman Presiden AS Donald Trump mengenai pelaksanaan tarif timbal balik, semalam.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu mengambil langkah untuk mempelbagaikan sumber bahan mentah dan pelanggan mereka bagi memastikan risiko rantaian bekalan dapat dikurangkan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Syarikat Jepun berminat untuk mengambil bahagian dalam pembangunan mampan lanjutan dalam inisiatif penyahkarbonan Malaysia, kata Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pendaftaran Media untuk Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) serta mesyuarat berkaitan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kini dibuka sekarang.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2025 dijadualkan berlangsung pada 15-17 Okt dijangka menjana potensi perniagaan bernilai RM5.5 bilion berdasarkan kepada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun industri tersebut.