Terdapat 4611 berita berdasarkan kata kunci carian " meningkat"

JCorp Lancar Operasi Kontena Di Pelabuhan Tanjung Langsat

JOHOR BAHRU, 4 Okt (Bernama) -- Johor Corporation (JCorp) melalui anak syarikatnya JLand Group (JLG) telah melancarkan operasi kontenanya di Pelabuhan Tanjung Langsat (PTL), Pasir Gudang dekat sini, semalam. 

Harga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi Dirangsang Oleh Permintaan Selamat

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melantun untuk ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disangga oleh permintaan yang stabil.

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, meningkat daripada penyusutan baru-baru ini.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Isu Timur Tengah, Ekonomi Global Heret Turun Bursa Malaysia

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui oleh kaunter telekomunikasi dan media susulan kebimbangan mengenai ketidaktentuan ekonomi global.

Kerajaan Yakin KLIA Akan Jadi Hab Kargo Serantau - Loke

SEPANG, 4 Okt (Bernama) -- Kerajaan yakin Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berpotensi menjadi hab kargo di rantau ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Sejajar Dengan Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, menjejaki prestasi pasaran serantau, kata peniaga.

Belanjawan 2025: Tenaga Boleh Diperbaharui, Pengurusan Alam Sekitar Perlu Diutamakan

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Penggunaan dan penyelidikan tenaga boleh diperbaharui, sokongan kepada penyelidikan serta penguatkuasaan pengurusan alam sekitar antara aspek perlu dititikberatkan dalam Belanjawan 2025 sekali gus memacu pertumbuhan mampan berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, mencerminkan prestasi pasaran serantau yang lemah berikutan sentimen terus berhati-hati disebabkan ketegangan di Timur Tengah, kata penganalisis.

IGEM 2024 Jangka Jana Potensi Perniagaan Bernilai RM4.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) – Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) dijangka menarik 48,000 peserta dan 480 pempamer dari 48 negara yang bakal menjana potensi perniagaan dianggarkan berjumlah RM4.8 bilion.

MSIA: 53 Peratus Syarikat E&E, Semikonduktor Optimis Prospek Perniagaan Bagi Suku Keempat

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Sebanyak 53 peratus syarikat dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor optimis terhadap prospek perniagaan bagi suku keempat 2024, demikian menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.