11bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus tahun ini memandangkan tetapan semasa kekal akomodatif terhadap pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Subsidiari milik penuh YNH Property Bhd, Kar Sin Bhd and YNH Hospitality Sdn Bhd telah melupuskan Aeon Mall Seri Manjung pada harga RM138.0 juta.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Industri automotif Malaysia mencatatkan rekod jualan keseluruhan industri (TIV) sebanyak 816,747 unit pada 2024, melepasi angka 800,000 unit buat pertama kalinya.
11bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia dijangka mengekalkan keteguhan pertumbuhan ekonomi pada 2025 walaupun menghadapi cabaran luar, didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, lonjakan pelaburan asing dan pemulihan dalam permintaan teknologi global.
11bulan ago
Daripada D.Arul Rajoo
BRUGES, (Belgium), 20 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) tidak menetapkan sebarang jangka masa untuk memuktamadkan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU (MEUFTA).
11bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali and Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang terhenti bakal membawa manfaat besar kepada sektor eksport utama Malaysia, terutamanya dalam barangan bernilai tinggi dan sumber asli.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Pasaran hartanah tempatan dijangka mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada 2025, didorong oleh momentum yang mampan dalam pembangunan kediaman penghuni pemilik dan wujudnya industri baharu seperti pusat data dan tenaga boleh baharu.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kenaikan gaji secara berperingkat tidak akan membawa kepada tekanan inflasi yang berlebihan, kata ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia pada 2025 bakal menyaksikan peningkatan permintaan ke atas projek pembangunan berorientasikan transit (ToD) dan hartanah mampu milik, kata Titijaya Land Bhd.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik tidak langsung Yinson Holdings Bhd, Yinson Production Offshore Holdings Ltd (YPOHL) telah memperoleh pelaburan berjumlah US$1 bilion (RM4.48 bilion) daripada konsortium firma pelaburan antarabangsa untuk memacu pertumbuhan selanjutnya.