BERITA TERKINI   Kemalangan helikopter: Dua daripada lima anggota polis terlibat kritikal, tiga stabil - KPN | China akan tandatangan Perjanjian SEANWFZ sebaik sahaja semua dokumen lengkap - Mohamad Hasan | Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani dengan cermat, elak dipolitikkan - Istana Negara | Menteri Luar Australia umum program pembangunan AU$1.28 bilion untuk ASEAN bagi menyerap impak pemotongan dana USAID | CAAM sahkan kemalangan helikopter polis jenis AS355 berhampiran Sungai Pulai di Gelang Patah, Johor pagi ini, lima mangsa selamat | 

Terdapat 431 berita berdasarkan kata kunci carian " kecerdasan buatan "

Oracle Akan Labur Lebih US$6.5 Bilion Dalam AI, Pengkomputeran Awan Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Oracle hari ini mengumumkan pihaknya merancang untuk melabur lebih US$6.5 bilion (US$1 = RM4.15) bagi mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan awannya.

Neoteric Engineering Juara Utama SME Bank Sandbox Swiss Innovation Challenge 2024

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Neoteric Engineering Sdn Bhd menduduki tempat pertama di bawah Kategori Terbuka SME Bank Sandbox Swiss Innovation Challenge (SSSIC) 2024 membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 dan dinobatkan sebagai juara utama.

SC Akan Perkenal Sandbox Pengawalseliaan Untuk Galakkan Tokenisasi Sekuriti

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan memperkenalkan rangka kerja sandbox pengawalseliaan yang dapat menyediakan persekitaran terkawal untuk menguji produk dan perkhidmatan inovatif sambil memastikan perlindungan pelabur.

Malaysia Sedia Terajui ASEAN Dalam Pembangunan AI Melalui Kerjasama Strategik - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia akan menjalin kerjasama dengan peneraju industri dan meningkatkan kolaborasi dalam kalangan pihak berkepentingan sebagai usaha untuk menjadi negara yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) terkemuka di ASEAN.

Pusat Data Google Malaysia Jadi Penanda Aras Kecekapan Penggunaan Tenaga, Air

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pusat data Google di Malaysia yang baharu akan menjadi penanda aras korporat bagi penggunaan tenaga dan air secara cekap, seiring dengan amalan terbaik ekonomi kitaran negara.

Dasar Pengkomputeran Awan Negara Akan Tumpu Empat Teras Utama - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memperkenalkan Dasar Pengkomputeran Awan Negara yang memberi penekanan terhadap empat teras utama.

Malaysia, Korea Selatan Berhasrat Tambah Baik MoU ICT, Fokus Teknologi AI

SEOUL, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang telah ditandatangani pada 2019, menjelang November ini. 

Malaysia Sasar Lengkapkan Pelan Tindakan Teknologi AI Dalam 12 Bulan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk melengkapkan Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam tempoh 12 bulan akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar Hadiri Majlis Pecah Tanah Pusat Data Google Bernilai US$2 Bilion

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis pecah tanah pusat data dan rantau awan Google bernilai US$2 bilion (US$1 = RM4.12) di Malaysia yang diadakan pada acara “Mantap Malaysia Bersama AI” yang julung kali diadakan.

TM Tandatangan Perjanjian Dengan Radian Arc Tingkatkan Infrastruktur Permainan Awan, Pengkomputeran

SEOUL, 30 Sept (Bernama) -- TM Malaysia Bhd (TM) akan terus memenuhi permintaan industri permainan dengan mengukuhkan infrastruktur permainan awan dan kelebihan pengkomputeran dengan menandatangani perjanjian perkhidmatan bersama Radian Arc yang berpangkalan di Australia hari ini.

CelcomDigi Meterai MoU Dengan SK Telecom Korea Selatan, Jalin Kerjasama Dalam Inisiatif AI

Daripada Hasnah Jusid

SEOUL, 30 Sept (Bernama) -- CelcomDigi Bhd dan pengendali telekomunikasi tanpa wayar terkemuka Korea Selatan, SK Telecom Co Ltd, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam inisiatif kecerdasan buatan (AI).

Kerajaan Tingkatkan Tadbir Urus Dengan Pendigitalan, Inisiatif Audit Berasas Risiko - Lim

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kerajaan komited untuk meningkatkan tahap piawaian tadbir urus, dengan Jabatan Audit Negara memulakan projek transformatif yang menekankan kepada kepentingan pendigitalan, pengauditan berasaskan risiko dan tadbir urus kolaboratif.