1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang menyiapkan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu yang disasar diumumkan seawal Suku Pertama 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Peruntukan dana pembiayaan sebanyak RM470 juta bagi menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang diteraju wanita akan berperanan penting membantu usahawan wanita memperoleh modal kerja, membeli aset dan meluaskan kapasiti perniagaan ke peringkat lebih tinggi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank (Kenanga IB) melihat Belanjawan 2025 sebagai pengembangan sederhana, kerajaan menyasarkan untuk mencapai keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan penyatuan fiskal.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Industri semikonduktor Malaysia dijangka terus kukuh dengan pelbagai inisiatif digariskan di bawah Belanjawan 2025, termasuk Inisiatif Daya Tahan Rantaian Bekalan dan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pengumuman peruntukan sebanyak RM2.184 bilion kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam Belanjawan 2025 dilihat sebagai mengiktiraf keberkesanan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dalam memacu potensi global industri Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 yang menekankan infrastruktur berpaksikan rakyat dan kemampanan adalah sejajar dengan trend hartanah global seperti amalan bangunan hijau dan pembangunan berorientasikan transit, kata Knight Frank Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt Bernama) -- Langkah kerajaan meningkatkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan perubatan kepada RM4,000 dilihat sebagai insentif perancangan kewangan yang baik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Langkah serta insentif diketengahkan kerajaan dalam Belanjawan 2025, jelas mengutamakan daya saing negara, khususnya dalam melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan perniagaan serta rakan dagang yang kukuh, kata CGS Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kenaikan nilai ambang levi keuntungan luar biasa (WPL) memberikan ruang kepada syarikat perladangan untuk beroperasi dengan lebih efisien, terutamanya dalam berdepan pasaran minyak sayuran global yang kompetitif.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM200 juta disediakan meliputi Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) dan Dana Pembangunan Industri NIMP (NIDF) tahun hadapan.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Institusi kewangan menyifatkan Belanjawan 2025 sebagai langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan MADANI menerusi pembentangan Belanjawan 2025 menyuarakan sejelasnya untuk lembaga pengarah bertindak iaitu melakukan usaha proaktif, memimpin berlandaskan tujuan dan melaksanakan kepimpinan risiko.