BERITA TERKINI   (TIDAK RASMI) BN kekal di Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag - Ketua Pemuda UMNO | Piala Malaysia: JDT 1-0 PDRM | (TIDAK RASMI) BN mendahului PRK DUN Lamag dengan majoriti 2,093 undi - Setiausaha Agung UMNO | (TIDAK RASMI) BN mendahului PRK Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 9,723 - Setiausaha Agung UMNO | (TIDAK RASMI) BN mendahului PRK DUN Lamag dengan majoriti 538 undi - Setiausaha Agung UMNO | 

Terdapat 446 berita berdasarkan kata kunci carian " perancangan"

Bursa Malaysia Optimis Terhadap Pertumbuhan Tahun Depan - Wahid Omar

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd optimis mengenai prospek pada 2025, berdasarkan senarai tawaran awam permulaan (IPO) dalam perancangan yang kukuh dan pasaran modal yang aktif, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Cadangan Tubuh Asian Shariah Stock Exchange Perlu Penelitian, Persetujuan Negara Lain -MITI

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) – Cadangan penubuhan "Asian Shariah Stock Exchange" memerlukan penelitian dan persetujuan kesemua negara, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Tiga Syarikat Pembinaan Raih Anugerah Projek Terbaik Di MCIEA 2024

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Tiga syarikat pembinaan terkemuka, MMC-Gamuda KVMRT Sdn Bhd, IJM Construction Sdn Bhd dan Sunway Construction Group Bhd memenangi Anugerah Projek Terbaik di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 baru-baru ini.

Johor Bentang Belanjawan 2025 Dengan Lebihan RM5.12 Juta

ISKANDAR PUTERI, 21 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2025 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM5.12 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.

Pendaftaran Padu Fasa 2 Dibuka Selepas Kabinet Luluskan - Rafizi

PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Pendaftaran PADU fasa kedua akan dibuka selepas Kabinet meluluskan beberapa kriteria yang sedang diperhalusi oleh kementerian yang terlibat, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

BMW Group Malaysia Bincang Dengan Entiti Kerajaan Berkaitan Pemasangan EV

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- BMW Group Malaysia kini sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan dan rakan kongsi tempatan dalam rancangannya untuk memasang unit kenderaan elektrik (EV) di Malaysia seiring dengan pengecualian cukai untuk pemilik EV sehingga akhir 2025.

Malaysia Selaras Ekonomi Sebenar Dan Pasaran Modal, Pacu Pertumbuhan Inklusif

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menyelaraskan ekonomi sebenar dengan perkembangan berterusan dalam pasaran modal ketika negara melakukan transformasi terhadap kerangka ekonominya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

E&O Lancar Pelan Induk Pulau Andaman

GEORGE TOWN, 20 Nov (Bernama) -- Pemaju hartanah Malaysia, Eastern & Oriental Berhad (E&O) melancarkan pelan induk dengan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM60 bilion bagi pembangunan bandar terbaharunya, Pulau Andaman semalam.

Air Selangor Laksana Langkah Strategik Sokong Pertumbuhan Pusat Data

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah merancang langkah strategik untuk memastikan keupayaan memenuhi permintaan tambahan daripada perkembangan pesat pusat data.

MITI Umum Laporan Lebihan Kapasiti Produk China Tidak Lama Lagi - Liew

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengumumkan hasil laporan mengenai impak kapasiti berlebihan dari China terutama dalam industri besi dan keluli tidak lama lagi.

Malaysia, Republik Guinea Perlu Saling Tingkatkan Kerjasama Bantuan Teknikal - MITI

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Republik Guinea perlu meningkatkan penglibatan antara satu sama lain terutama dalam akses pasaran dan bantuan teknikal, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Anak Syarikat Meta Bright Raih Kontrak Pembekalan Konkrit Bernilai RM60 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Anak syarikat Meta Bright Group Bhd (MBGB) yang dimiliki sebanyak 70 peratus, Expogaya Sdn Bhd (Expogaya) memperoleh kontrak pembekalan konkrit bernilai kira-kira RM60 juta daripada Megamas Jaya Sdn Bhd (Megamas Jaya).