5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan selepas data gaji bukan ladang (NFP) AS yang dikeluarkan lebih rendah daripada jangkaan, sekali gus meningkatkan harapan terhadap penurunan kadar faedah di negara itu bulan ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) menggesa langkah cukai bersasar dalam Belanjawan 2026, termasuk rebat cukai pendapatan korporat bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan ambang pendapatan bercukai lebih tinggi sebanyak RM1 juta pada kadar 15 peratus bagi PKS terpilih.
5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis selepas Indeks Dolar AS (DXY AS) naik 0.1 peratus kepada 98.245 mata walaupun laporan kekosongan pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) lebih rendah daripada jangkaan, kata penganalisis.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Platform padanan perniagaan, DEX CONNEX Edisi 2025 anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) meraih lebih RM1 bilion dalam anggaran peluang eksport digital sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab digital utama ASEAN.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menjelang keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini.
5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan peniaga menantikan data pasaran tenaga kerja Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini, kata penganalisis.
5bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, mencerminkan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
5bulan ago
BEIJING, 3 Sept (Bernama) -- Cadangan untuk menyambung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang, Kelantan, yang bersempadan dengan Thailand masih pada peringkat awal perbincangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman data pasaran tenaga kerja negara maju itu minggu ini.
5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah pada Selasa apabila sentimen pasaran kekal berhati-hati selain para peniaga bersedia menghadapi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis bagi menilai penilaian ekonomi terkini.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 2 Sept (Bernama) -- ASEAN berada di landasan untuk menjana ekonomi digital bernilai US$1 trilion (RM4.32 trilion) menjelang 2030, dipacu golongan belia, bakat serta permintaan pasaran, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 2 Sept (Bernama) -- Johor perlu mengambil peluang sebagai peneraju dalam Ekonomi Oren, yang merujuk kepada industri kreatif dan kebudayaan seperti media, reka bentuk, teknologi dan seni, bagi merangsang inovasi, penciptaan pekerjaan bernilai tinggi serta eksport, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.