7bulan ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kenaikan dalam saham perladangan, SD Guthrie, didorong oleh lonjakan harga minyak sawit mentah (MSM) ke paras tertinggi bagi tempoh 28 bulan hari ini, menaikkan indeks barometer Bursa Malaysia untuk melepasi paras psikologi 1,600 pada Jumaat.
7bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi sentimen yang lemah dari pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi, melepas paras sokongan psikologi 1,600 mata, didorong oleh aktiviti belian saham semasa harga rendah dalam saham mewah dan saham bermodal sederhana.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia susut di bawah paras sokongan psikologi utama 1,600 apabila pelabur tidak melaksanakan langkah yang signifikan dalam keadaan isyarat lemah daripada Wall Street berikutan pendapatan yang tidak memberangsangkan daripada firma teknologi utama.
7bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu mencapai paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan, kata Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil Analytics, Sathia Varqa.
7bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu disokong oleh pemulihan harga minyak mentah dan kejatuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan mendatar pada sesi awal urus niaga Rabu, diasak sentimen berhati-hati yang berlanjutan menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November ini.
7bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa susulan petunjuk yang lemah daripada pasaran hadapan getah serantau dan sentimen berhati-hati dalam pasaran global, kata seorang peniaga.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 Malaysia mengesahkan komitmen kerajaan ke arah pengukuhan fiskal secara beransur-ansur daripada paras hutang yang tinggi berbanding rakan setara, menurut Fitch Ratings.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Selasa, mengambil petunjuk daripada optimisme dalam pasaran Amerika Syarikat (AS) semalaman.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, berikutan penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya terus menjejaskan sentimen, kata peniaga minyak sawit.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin disokong oleh kebimbangan bekalan getah asli yang terhad disebabkan ramalan cuaca buruk di negara pengeluar utama, kata seorang peniaga.