BERITA TERKINI   Sektor pembinaan Malaysia kekalkan pertumbuhan kukuh 12.9 peratus, nilai kerja cecah RM43.9 bilion bagi suku kedua 2025 - Jabatan Perangkaan | Malaysia menggesa negara pemilik senjata nuklear agar segera menandatangani dan meratifikasi Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara - TPM Fadillah. | Empat termasuk dua kanak-kanak maut dalam kemalangan di Felda Chiku 1, Gua Musang pagi ini - Bomba | STR Fasa 3 dibayar mulai esok, 8.6 juta rakyat akan terima bayaran sehingga RM650 - MOF | Agong selamat tiba di tanah air selepas selesai Lawatan Negara ke Rusia | 

Terdapat 518 berita berdasarkan kata kunci carian " pembiayaan"

PM Anwar Cakna Suara Masyarakat India - Ramanan

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan akan mengusulkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya peruntukan kepada komuniti India ditingkatkan pada tahun depan.

Hong Leong Bank Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Tinggi Kepada RM1.09 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Bank Bhd meningkat 5.8 peratus kepada RM1.09 bilion pada suku pertama berakhir 30 Sept, 2024 (S1 TK2025) daripada RM1.03 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Axiata Kembali Bangkit, Raih Untung Bersih RM976.67 Juta Bagi Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Axiata Group Bhd (Axiata) mencatat prestasi kewangan memberangsangkan apabila meraih keuntungan bersih suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 Sept, 2024 yang mencecah RM976.67 juta berbanding kerugian bersih RM797.41 juta bagi suku sama setahun lepas.

AMMB Catat Peningkatan Untung Bersih Suku Kedua Kepada RM500.57 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM500.57 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM469.78 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Greenflation: Kenaikan Kos Peralihan Ke Arah Kemampanan Jejas Ekonomi, PKS

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia berkata peralihan ke arah ekonomi hijau, di samping mengatasi cabaran perubahan iklim membawa kepada peningkatan kos, atau 'greenflation', yang menjejaskan kalangan perniagaan dan pengguna dengan ketara.

Untung Bersih MBSB Meningkat Kepada RM122.08 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- MBSB Bhd (MBSB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM122.08 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2024 berbanding RM32.84 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Permintaan Semakin Meningkat Untuk Insurans Kesihatan Peribadi Di ASEAN - Malaysian Re

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk insurans kesihatan peribadi di ASEAN terutamanya selepas pandemik COVID-19, kata Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re).

Bank Pembangunan, Aim Concept Meterai Kemudahan Pembiayaan RM75 Juta Untuk Hospital Besar Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) dan Aim Concept Sdn Bhd (ACSB) menandatangani kemudahan pembiayaan sebanyak RM75 juta untuk memulakan projek bernilai RM428 juta bagi pembesaran klinik dan wad pakar Hospital Besar Pulau Pinang.

KUSKOP Salur RM6.45 Bilion Pembiayaan Kepada 612,692 Usahawan Setakat Sept 2024

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) berjaya membantu seramai 612,692 usahawan melibatkan nilai pembiayaan berjumlah RM6.45 bilion bagi tempoh Januari hingga 30 September tahun ini.

Cradle, KLDX Bekerjasama Perkenal Pembiayaan Alternatif Untuk Pemula Niaga Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Agensi ekosistem pemula niaga Malaysia Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kapital DX Sdn Bhd (KLDX), bursa sekuriti digital Malaysia untuk menyediakan saluran pembiayaan alternatif kepada pemula niaga Malaysia.

Planworth Guna Platform 2TM Perkukuh Jenama, Daya Saing

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Planworth Global Factoring Sdn Bhd, penyedia pembiayaan invois dan rantaian bekalan, bersedia memperkasakan jenama dan daya saing melalui penyertaan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang membuka tirai hari ini.

Untung Bersih Suku Ketiga Affin Bank Meningkat Kepada RM145.82 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Affin Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu RM145.82 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 berbanding keuntungan bersih RM100.45 juta pada suku sama tahun kewangan 2023.