5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kementerian Ekonomi sedang meneliti untuk memuktamadkan sebanyak 27 cadangan projek pembangunan baharu bernilai RM880.57 juta bagi Parlimen Rasah, Negeri Sembilan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
5bulan ago
PETALING JAYA, 22 Ogos (Bernama) -- Penganjuran Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) serta Festival Kebudayaan dan Kesenian Dunia (WCAF) 2025 menyediakan peluang penting untuk mengukuhkan kerjasama serantau, menyelaras strategi ekonomi halal ASEAN selain meletakkan rantau ini sebagai destinasi utama pelancongan Islam serta industri kreatif.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 22 Ogos (Bernama) -- MBSB Bhd (MBSB) dan DayOne Data Centres hari ini memeterai kerjasama strategik untuk membantu memacu pembangunan infrastruktur digital serta transformasi ekonomi Johor selaras dengan agenda Johor Maju 2030.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Hari Eksport Selangor 2025 edisi ketiga pada Isnin dan Selasa ini dijangka menghimpunkan lebih 200 usahawan dan syarikat terutama perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) daripada pelbagai sektor industri di negeri itu.
5bulan ago
TANJONG MALIM, 22 Ogos (Bernama) -- Tanjong Malim terus berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai hab automatif unggul apabila konglomerat multinasional BYD akan membuka kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di bandar itu dengan pengeluaran dijangka bermula pada 2026.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$122 bilion pada 15 Ogos 2025, berbanding US$121.3 bilion yang direkodkan pada 31 Julai 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.2 peratus dengan mata indeks mencatatkan 134.7 pada Julai 2025 daripada 133.1 pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Malaysia dan India berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang besar dalam tenaga boleh baharu, infrastruktur, semikonduktor dan ekonomi digital apabila kedua-dua negara memperkukuh kerjasama ekonomi mereka, menurut Konsortium Industri India di Malaysia (CIIM).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Agenda pemerkasaan sosioekonomi bumiputera yang ditetapkan menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA 35) terus diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kerajaan terus mempergiat usaha menarik pelaburan ke zon ekonomi khusus untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu beralih kepada pembangunan ekonomi yang berasaskan penciptaan nilai dengan meningkatkan kerencaman ekonomi untuk menaikkan siling, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5bulan ago
KOTA KINABALU, 21 Ogos (Bernama) – Lebih 30,000 pekebun kecil di Sabah, melibatkan lebih 191,000 hektar telah menerima pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sehingga April 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.