BERITA TERKINI   SEANWFZ: China menyatakan kemahuan menandatangani 'without reservation' - Menteri Luar Mohamad | ASEAN hargai kesediaan Negara Senjata Nuklear menyokong Protokol SEANWFZ - Mohamad Hasan | ASEAN perlu bertindak secara kolektif untuk mewujudkan keadaan yang membolehkan Negara Senjata Nuklear meratifikasi SEANWFZ - Mohamad Hasan | 

Terdapat 380 berita berdasarkan kata kunci carian " mohd afzanizam "

Ringgit Mulakan Minggu Ini Dalam Julat Stabil, Prospek Meningkat Kekal Positif

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah hari ini dan dijangka mengekalkan trend meningkat berikutan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu lepas yang memberi petunjuk pertumbuhan ekonomi AS lembap tanpa menghadapi risiko kemelesetan.

Pemotongan FFR As Beri Kelebihan Pada Ringgit Untuk Ditutup Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ringgit memperoleh kelebihan yang ketara daripada pemotongan 50 mata asas (bps) kadar dana persekutuan (FFR) Amerika Syarikat (AS), kerana nilainya terus meningkat berbanding dolar AS, kata seorang penganalisis.

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat apabila penyusutan harga minyak menjejaskan sentimen, kata penganalisis.

Ringgit Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 28 Bulan Berbanding Dolar AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan berbanding unit negara maju itu selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas malam tadi, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan kekurangan minat belian walaupun terdapat keputusan penurunan kadar faedah sebanyak 50 mata asas oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana peserta pasaran menggunakan pendekatan tunggu dan lihat menjelang keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS mengenai penurunan kadar faedah.

Ringgit Diunjur Terus Mengukuh, Diniagakan Sekitar 4.28-4.29 Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Momentum pengukuhan nilai ringgit dijangka berterusan pada minggu depan, diniagakan pada 4.28-4.29 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (Fed) pada 17-18 September ini.

Ringgit Lepasi Paras 4.30, Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 20 Bulan Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) --  Ringgit melepasi paras 4.30 hari ini, mencecah paras tertingginya dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS apabila para peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) menurunkan kadar antara 25 dan 50 mata asas, kata seorang pakar ekonomi.