1tahun ago
CYBERJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial melalui inisiatif seperti Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup (SUPER) 2021-2030 dan platform MyStartup.
1tahun ago
Daripada Kamarul Ariffin Md Yassin
ABU DHABI, 14 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya isu berkaitan Petronas dan Petros mengenai hak pengagihan gas di Sarawak telah diselesaikan menerusi beberapa siri rundingan termasuk pertemuan beliau dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 14 Jan (Bernama) - Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini memeterai perjanjian pembiayaan bernilai RM105.2 juta dengan Solar Voltech Sdn Bhd, anak syarikat PDC Premier Holdings Sdn Bhd bagi membiayai projek penjanaan solar.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 14 Jan (Bernama) -- Industri tuna yang telah lama bertapak di pulau bebas cukai, Labuan berpotensi untuk terus berkembang sekali gus menawarkan manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) -- Projek kerjasama tenaga hidrogen bersih dan penyahkarbonan antara Sarawak Economic Development Corporation Energy (SEDCE), Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan pihak konsortium Jepun diharap dapat dimudah cara menjelang Mei tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Pengeluar pesawat global, Airbus telah menyempurnakan penyerahan sebanyak 766 unit pesawat komersial kepada 86 pelanggannya di serata dunia pada 2024 yang juga peningkatan berbanding 735 pesawat pada tahun sebelumnya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Dialog Group Bhd mengumumkan pelan pembangunan dan pengabaian medan (FDAP) untuk Kontrak Perkongsian Pengeluaran Aset Medan Kecil Kluster Baram Junior (BJC SFA PSC) telah mencapai keputusan pelaburan akhir bernilai US$235 juta (US$1=RM4.50).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel dijangka memberikan penjimatan tahunan antara RM7.2 bilion dan RM7.5 bilion kepada kerajaan, meningkat daripada RM4 bilion yang diunjurkan tahun lepas, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan menubuhkan Konsortium Pembinaan Melayu melibatkan kontraktor kelas G1 hingga G7 untuk menyertai projek pembangunan seluas 50 ekar (20.23 hektar) tanah di Bandar Malaysia yang diwartakan sebagai tanah rizab Melayu.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 3 Jan (Bernama) -- Pembinaan pembangunan perdana terbaharu Hunza Properties Bhd (Hunza), Senze@PICC berjalan lancar dengan pembeli dijangka menerima kunci rumah masing-masing pada 2027.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHBIB) mengunjurkan jualan hartanah meningkat sebanyak 10 peratus tahun ke tahun pada 2025.
1tahun ago
KUCHING, 30 Dis (Bernama) -- Proses akhir pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh Sarawak dijangka dimuktamadkan menjelang suku pertama 2025, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.