Terdapat 3806 berita berdasarkan kata kunci carian "kewangan"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis dalam persekitaran sentimen serantau bercampur-campur berikutan impak daripada dasar monetari China baru-baru ini yang berkurangan memindahkan tumpuan pelabur kepada langkah-langkah rangsangan fiskal yang berpotensi, kata penganalisis.

Covid-19 Jejas Kemajuan Dalam Mengurangi Kemiskinan - KRI

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019, menurut laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).

Malaysia Perlu Contohi Laos Untuk Kepengerusian ASEAN Lebih Proaktif - Duta

VIENTIANE (LAOS), 26 Sept (Bernama) – Malaysia wajar memanfaatkan pengalaman Laos sebagai panduan untuk tampil lebih proaktif dan bersedia apabila mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN tahun hadapan.

Belanjawan 2025 Sasar Tingkat Taraf Hidup Rakyat, Majukan Pembangunan Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, Sept 25 (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Belanjawan 2025 disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara.

Ringgit Mengukuh Susulan Penurunan Kadar AS, Prospek Positif Ekonomi Malaysia - BNM

KUALA LUMPUR, 25 Sept  (Bernama) -- Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju, terutamanya Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia (BNM).

AmBank Islamic Peruntuk RM450,000 Menerusi Itekad Sokong Ibupreneur Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- AmBank Islamic Bhd memperuntukkan sebanyak RM450,000 untuk menyokong Ibupreneur Malaysia, perusahaan sosial yang memperkasakan usahawan wanita. 

Pertumbuhan Aset Kewangan Malaysia Kukuh Pada 2023 Dipacu Sektor Insurans Dan Pencen - Allianz

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) – Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam aset kewangan pada 2023 dengan aset kewangan bersih per kapita mencecah EUR9,430 (1 EUR = RM4.6427), menurut Allianz Malaysia Bhd.

AAX Keluar Pekeliling Cadangan Pengambilalihan Bernilai RM6.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) telah mengeluarkan pekeliling terperinci berkaitan cadangan pengambilalihan bernilai RM6.8 bilion membabitkan keseluruhan pegangan kepentingan Capital A Bhd dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB).

RHB IB Anggar Perbelanjaan Pembangunan RM90 Bilion Dalam Belanjawan 2025

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menganggarkan perbelanjaan pembangunan bersih kira-kira RM90 bilion dalam Belanjawan 2025 berikutan Malaysia memasuki tahun akhir Rancangan Malaysia Ke-12.

ADB Tingkat Unjuran Pertumbuhan Ekonomi 2024 Asia Dan Pasifik

JAKARTA, 25 Sept (Bernama) -- Asian Development Bank (ADB) meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi Asia dan Pasifik kepada 5.0 peratus tahun ini, berbanding 4.9 peratus pada April lepas.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Sentimen Kukuh Global

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum positif pagi ini, disokong oleh sentimen pasaran global yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Pelan Hala Tuju IATA Papar Kemungkinan Peralihan Tenaga Menjelang 2050

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengumumkan Pelan Hala Tuju Dasar dan Kewangan Sifar Bersih dikemas kini yang antara lainnya merumuskan peralihan tenaga industri itu mampu dilaksanakan menjelang 2050.