BERITA TERKINI   FFC x TMTG: Sembilan aktivis Malaysia dijangka tiba di tanah air pada petang Ahad ini - Mohamad Hasan | 9 Rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan FFC, TMTG dibebaskan pada Jumaat, kata Kementerian Luar | Belanjawan 2026: Kerajaan Persekutuan peruntuk RM1.2 bilion, jamin kelangsungan bekalan elektrik di Sabah. | Belanjawan 2026: RM1.67 bilion diperuntukkan tahun hadapan bagi membolehkan Pan Borneo Sabah dapat dilaksana mengikut jadual | Belanjawan 2026: RM1.67 bilion disediakan untuk Pan Borneo Sabah dilaksana mengikut jadual tahun hadapan | 

Belanjawan 2025 Sasar Tingkat Taraf Hidup Rakyat, Majukan Pembangunan Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, Sept 25 (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Belanjawan 2025 disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara.

Menerusi hantaran terbarunya di media sosial, Anwar berkata beliau meluangkan masa meninjau warga Kementerian Kewangan yang sedang sibuk menyiapkan Belanjawan MADANI Ketiga sambil turut memberikan pandangan.

“Insya-Allah, dengan pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini, Malaysia akan mara satu langkah lagi menuju wawasan kerangka Ekonomi MADANI yang gah lagi saksama,” kata beliau.

Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam kerajaan yang bertungkus-lumus bekerja untuk menyiapkan belanjawan tersebut.

Belanjawan 2025 yang bertemakan “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera” akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Okt 2024.

-- BERNAMA