Terdapat 407 berita berdasarkan kata kunci carian " bnm"

Inflasi Malaysia Diunjur Cecah Purata Antara 2.0 Hingga 3.5 Peratus Pada 2025 

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Inflasi Malaysia diunjurkan mencecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025, dengan mengambil kira langkah dasar domestik yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM Umum Liberalisasi Dasar Pertukaran Asing Bagi Bank Pembangunan Dan Institusi Kewangan Pembangunan

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan liberalisasi dasar pertukaran asing (FEP) bagi bank pembangunan pelbagai hala dan institusi kewangan pembangunan bukan pemastautin yang layak.

Pelaburan, Eksport Kukuh Pacu Pertumbuhan Kdnk Suku Ketiga Malaysia Kepada 5.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.

Parlimen Sasar Defisit Fiskal Lebih Rendah Kepada Tiga Peratus Bagi Jangka Masa Sederhana - Lim

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan defisit fiskal lebih rendah kepada tiga peratus bagi jangka masa sederhana, mengikut kerangka Ekonomi MADANI serta Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

Usaha Kurangkan Perbezaan Kadar Faedah Beri Impak Positif Untuk Ringgit - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$117.6 Bilion Pada 30 Okt, 2024

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$117.6 bilion (US$1 = RM4.40) setakat 30 Okt, 2024, berbanding US$119.6 bilion pada 15 Okt 2024.

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (Public IB) menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus bagi tahun itu dalam persekitaran cabaran ekonomi.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Keputusan OPR

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa dirangsang oleh hala tuju pelabur yang lebih jelas dalam pasaran susulan pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) semalam.

OPR BNM Menandakan Unjuran Positif Untuk Pertumbuhan Pelaburan - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.00 peratus semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) tahun ini mencerminkan sokongan bank pusat itu terhadap pertumbuhan ekonomi domestik.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Sentimen Positif, Indeks Komposit Naik 0.83 Peratus

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh dasar ekonomi tempatan yang menggalakkan, sentimen positif daripada pendapatan saham teknologi yang kukuh dan prospek pasaran Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan, kata penganalisis.

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semasa mesyuaratnya hari ini.

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan OPR

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar AS pada sesi pembukaan pada Rabu, didorong oleh sentimen yang baik menjelang pengumuman mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.