8bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan awal untuk ditutup sedikit rendah hari ini, diseret turun akibat aktiviti pengambilan untung di kaunter perkhidmatan kewangan serta kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian, kata seorang penganalisis pasaran.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencatat penyusutan kecil susulan aktiviti pengambilan untung bagi saham-saham telekomunikasi, pembinaan serta tenaga, kata penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit tetapi beralih kepada tinggi kemudiannya pada Isnin, didorong oleh sentimen positif aliran masuk dana oleh pelabur asing sepanjang minggu lepas, kata penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru semua pihak agar menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan mengenai isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) atas dasar kepentingan bersama.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Delegasi berprofil tinggi dari Jepun akan mengunjungi Malaysia minggu depan untuk membincangkan kerjasama lebih mendalam dalam Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) bagi mencapai sasaran penyahkarbonan, pertumbuhan ekonomi dan keselamatan tenaga.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengesahkan bahawa anak syarikatnya, PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB), menerima notis pada 30 April 2025, daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak berkaitan pemprosesan dan pengedaran gas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- East Coast Energy (ECE) 2025, sidang kemuncak peralihan tenaga untuk wilayah pantai timur Malaysia yang julung kali diadakan, akan meletakkan Terengganu sebagai hab sedia masa depan untuk peralihan tenaga.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan pelabur kembali selepas cuti dengan minat yang berkurangan, mengabaikan kenaikan semalaman di Wall Street yang didorong oleh pendapatan kukuh daripada Microsoft dan Meta.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini pulih daripada penurunan semalam dengan indeks utama melonjak 1.63 peratus, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah, kemasukan semula dana asing dan kebimbangan ketegangan perdagangan yang kian mereda.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari, disokong dengan minat belian dalam produk dan perkhidmatan perindustrian serta kaunter perkhidmatan kewangan, menjejaki peningkatan di pasaran serantau.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Petronas Lubricants International (PLI) dan pengeluar minyak pelincir tempatan Glide Technology Sdn Bhd menandatangani perjanjian kerjasama untuk pengedaran minyak penebat premium di bawah jenama Petronas Tranol Glide.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- CLSA Securities Malaysia Sdn Bhd (CLSA) hari ini secara rasminya melancarkan waran berstruktur di Bursa Malaysia Securities Sdn Bhd.