BERITA TERKINI   Konflik Asia Barat: Kuota BUDI95 diselaras sementara kepada 200 liter sebulan daripada 300 liter bermula 1 April — PM Anwar | Had siling subsidi bersasar petrol RON95 bagi e-hailing, pekerja gig dikekalkan sehingga 800 liter - PM Anwar | Konflik Asia Barat: Sabah, Sarawak akan terus nikmati diesel subsidi pada RM2.15 seliter walaupun harga melambung naik- PM Anwar | Malaysia kekal sebagai pusat tarikan pelaburan yang sangat aktif meskipun dunia berdepan kemelut dan peperangan - PM Anwar | PM Anwar harap rakyat faham pengurangan kuota subsidi BUDI RON95 dibuat teliti dan berhemah | 

Notis Undang-Undang Sarawak: Petronas Dukung Hak Kuasa Di Bawah PDA 1974

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengesahkan bahawa anak syarikatnya, PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB), menerima notis pada 30 April 2025, daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak berkaitan pemprosesan dan pengedaran gas.

Syarikat minyak negara itu memberitahu Bernama bahawa PCSB diberi kuasa mengikut undang-undang di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 untuk menjalankan aktiviti syarikat dan mematuhi semua undang-undang yang terpakai dalam berbuat demikian.

“Meskipun kita menghormati aspirasi negeri Sarawak, Petronas juga mempunyai kewajipan untuk menegakkan PDA 1974 ini dan menjaga kepentingan negara.

“Petronas akan terus terlibat secara konstruktif dan bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan, kerajaan Sarawak dan Petros dalam meneroka pengaturan masa depan untuk memastikan kejelasan peraturan dan kesinambungan operasi untuk manfaat industri, negeri dan negara secara keseluruhannya,” katanya.

Petronas menekankan bahawa ia komited untuk memastikan hak dan kepentingan semua pihak, termasuk pengguna akhir dan pelabur, ditangani dengan sewajarnya.

-- BERNAMA