1tahun ago
KOTA KINABALU, 18 Nov (Bernama) -- Majlis Tenaga Sabah meluluskan tiga syarikat tempatan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan sebagai langkah proaktif melibatkan pemain industri tempatan dalam pembangunan teknologi Penukaran Tenaga Termal Laut (OTEC) di Sabah.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tidak meneruskan penyusutan sebelumnya apabila ditutup tinggi hari ini berikutan minat baharu terhadap saham utiliti serta produk dan perkhidmatan industri dalam keadaan prestasi bercampur-campur oleh bursa serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia komited untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050, meletakkan dirinya sebagai pemain global yang bertanggungjawab dalam menangani perubahan iklim walaupun menyumbang hanya 0.8 peratus daripada pelepasan global.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 12 Nov (Bernama) -- Unit penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Capital A, Asia Digital Engineering (ADE) sedang mengembangkan operasi ke Vietnam selepas menerima pensijilan kelulusan organisasi penyelenggaraan (AMO) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Vietnam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik 30 peratus Solarvest Holdings Bhd, Selarong Pertama Energy Sdn Bhd (SPESB) telah menerima kelulusan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk beroperasi sebagai penjual tenaga,
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) menjalin kerjasama dengan Maybank melancarkan HomeClick, platform dalam talian menyeluruh untuk menambah baik serta melancarkan urusan pembelian rumah oleh pembeli.
1tahun ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 mencerminkan komitmen bukan sahaja terhadap sasaran iklim global tetapi juga kepada pembangunan mampan dan ekonomi yang berdaya tahan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Microlink Solutions Bhd menerusi anak syarikatnya, Microlink Systems Sdn Bhd (MSSB) memperoleh projek Kementerian Dalam Negeri (KDN) bernilai RM83.51 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions melihat potensi rangkaian 5G kedua Malaysia berperanan sebagai penyedia kesalinghubungan khusus terutama dalam menyokong aplikasi Internet Kebendaan Perindustrian (IIoT).
1tahun ago
PUTRAJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperkenalkan dua dana baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), iaitu Dana Pemacu Pelaburan Domestik (DIAF) dan Dana Pemacu Pelaburan Asing (FIAF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM542.77 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM536.90 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.