BERITA TERKINI   GRS mahu semakan kadar baharu Pemberian Khas 40 peratus Sabah dilaksanakan tahun ini - Armizan | APAD diarah ambil tindakan terhadap Prasarana susulan insiden LRT Tergelincir - Loke | Kementerian Pengangkutan tubuh pasukan khas siasat insiden LRT tergelincir - Loke | Eversendai Corp raih empat projek baharu berjumlah RM400 juta di Singapura dan India | Matrix Concepts catat untung bersih RM219.33 juta pada tahun kewangan 2026, umum dividen 1.25 sen yang akan dibayar pada 9 Julai 2026 | 

Microlink Solutions Peroleh Projek KDN Bernilai RM83.51 Juta

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Microlink Solutions Bhd menerusi anak syarikatnya, Microlink Systems Sdn Bhd (MSSB) memperoleh projek Kementerian Dalam Negeri (KDN) bernilai RM83.51 juta.

Nilai projek itu termasuk 6.0 peratus cukai jualan dan perkhidmatan adalah bagi tempoh dua tahun bermula 6 Nov, 2024 hingga 5 Nov, 2026.

 Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata projek berkenaan termasuk kajian semula, cadangan, reka bentuk, pembangunan, pembekalan, pemasangan, pengujian, penyepaduan dan kelulusan Sistem Pemeriksaan Penumpang (APS) bagi Jabatan Imigresen.

Projek itu tertakluk kepada perjanjian rasmi yang dimeterai antara KDN dan MSSB, katanya.

“Lembaga pengarah percaya penerimaan projek ini adalah demi kepentingan terbaik syarikat.

“Projek ini dijangka memberi sumbangan positif kepada perolehan, pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham Microlink Solutions Group dan tidak dijangka memberi kesan ketara terhadap tahap kadar hutang tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2025,” katanya.

-- BERNAMA