Terdapat 351 berita berdasarkan kata kunci carian " asia tenggara"

Capital A, PT Garuda Indonesia Labur US$12 Juta Jalin Kerjasama Dalam MRO Peralatan Pendaratan

Daripada Soraya Jamal

BALI, 18 Sept (Bernama) --  Anak syarikat Capital A Bhd, Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE) dan PT Garuda Maintenance Facility Aero Asia Tbk (GMF) memeterai kerjasama strategik bagi perniagaan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) peralatan pendaratan baharu dengan gabungan pelaburan berjumlah US$12 juta (US$1 = RM4.25).

NCIA Bantu Realisasikan Perjanjian Usaha Sama Yenher-FE Bernilai RM75 Juta

GEORGE TOWN, 14 Sept (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) membantu merealisasikan perjanjian usaha sama antara Yenher Holdings Bhd (Yenher) dan syarikat bioteknologi perintis dari Denmark Fermentationexperts A/S (FE) untuk membentuk YH European Protein Asia Sdn Bhd (YHEPA).

Kenderaan Elektrik Pertama Proton Jalani Ujian Jalan Raya Menyeluruh

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) melancarkan fasa ujian tempatan yang menyeluruh untuk kenderaan elektrik (EV) sulung pengeluar kereta nasional itu, Proton e.MAS 7.