2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Malaysia baru-baru ini telah menyemarakkan semula hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, meletakkan asas yang lebih kukuh untuk kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan teknologi.
2bulan ago
GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama strategik dengan Amerika Syarikat (AS) atas landasan prinsip keterbukaan, keadilan dan hormat-menghormati, demi menjamin kestabilan, kemakmuran dan keamanan serantau serta sejagat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja merupakan peringatan yang membawa kesan mendalam bahawa keamanan tidak boleh dianggap remeh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ucapan tahniah yang diterima daripada pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atas kejayaan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini, mencerminkan keupayaan Malaysia memimpin dengan hikmah dan kesungguhan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) ditandatangani berikutan negara memerlukan pelaburan dan perdagangan yang tinggi dari AS.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) – Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang sudah melabuhkan tirai, terbukti menyerlahkan Malaysia dalam pelbagai perspektif daripada sekadar menjadi pentas diplomatik.
2bulan ago
GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Menteri luar dan perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) akan membincangkan mengenai isu geopolitik dan perdagangan serta hala tujunya hari ini menjelang Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-32 pada Jumaat.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Itali sepakat dalam usaha mempercepat serta memuktamadkan kerjasama antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan syarikat tenaga Itali, Eni S.p.A (ENI) dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
Oleh Syarifah Hunaini Syed Ismail
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) – Sokongan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva terhadap usaha Malaysia untuk menyertai perkumpulan BRICS sebagai anggota penuh menandakan satu pencapaian penting diplomatik dan titik perubahan dalam penglibatan ekonomi global negara.
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) --Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya untuk hari kelima berturut-turut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kumpulan mata wang utama lain, didorong oleh minat risiko susulan berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN yang positif.
2bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 29 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Gyeongju, Korea Selatan, Khamis ini, beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) bermula Jumaat ini.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, didorong oleh sentimen pelabur yang lebih baik susulan Sidang Kemuncak ASEAN yang baru berakhir dan sejajar dengan kenaikan semalaman di Wall Street.