10hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, terjejas oleh berita bahawa Indonesia telah membatalkan program biodiesel B50 pada tahun ini, di tengah-tengah paras stok yang tinggi, kata seorang peniaga.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Prestasi pengeluaran dan pembuatan minyak sawit mentah yang kukuh berkemungkinan mendorong pertumbuhan suku keempat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 kepada 5.3 peratus dari tahun ke tahun, membayangkan pertumbuhan setahun penuh sebanyak 4.8 peratus, kata CIMB Investment Bank Bhd.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia pada 2026 diunjurkan berkurangan kepada 19.50 juta tan hingga 19.80 juta tan metrik berbanding 20.28 juta tan yang dicatatkan pada 2025, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lynas Rare Earths Ltd, Amanda Lacaze akan bersara selepas 12 tahun menggalas jawatan tersebut.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 29.6 peratus pada November 2025 kepada 20,891 tan berbanding pada Oktober 2025 iaitu 29,673 tan, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan memperkenalkan harga rujukan rasmi minyak masak terpakai (UCO) pada suku pertama 2026 dalam usaha termasuk mengelak berlakunya manipulasi harga.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Pelaburan dalam baja amat penting bagi memastikan sektor minyak sawit di Malaysia dilindungi daripada hasil yang lebih rendah disebabkan oleh cabaran iklim.
12hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi dan Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh jangkaan pertumbuhan output yang lebih suram dalam minggu-minggu akan datang.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) membantu negara memenuhi keperluan kelestarian yang semakin dimasukkan ke dalam perjanjian perdagangan bebas (FTA), menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
12hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Langkah Indonesia untuk melaksanakan mandat biodiesel B50 dijangka dapat meningkatkan lagi daya saing Malaysia di pasaran minyak sawit global, kata ahli ekonomi.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd menjangkakan harga minyak mentah kekal rendah berikutan lebihan bekalan yang tinggi dan semakin meningkat sekali gus sukar diserap sepenuhnya oleh permintaan.
14hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad and Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan berikutan tahap stok dan pengeluaran yang dijangka lebih tinggi dalam beberapa minggu akan datang, kata seorang peniaga.