Terdapat 120 berita berdasarkan kata kunci carian "pengambilalihan"

Bin Zayed International Ambil Alih 28 Peratus Kepentingan Dalam Turiya

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Konglomerat pelaburan global Bin Zayed International Group of Companies (BZI) melalui entitinya di Singapura Bin Zayed (S) Pte Ltd mengambil alih kepentingan ekuiti yang besar sebanyak 28.89 peratus dalam syarikat Malaysia Turiya Bhd yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Black Group Dari Singapura Ambil Alih LifeBank, Tingkatkan Penyelesaian Usia Sihat Dan Aktif

SINGAPURA, 10 April (Bernama) -- Black Group Investment Holding yang berpusat di Singapura mengambil alih LifeBank Stem Cells iaitu pengedar perbankan sel stem dan penyelesaian terapi selular.

Keyfield Jual Kapal Kerja Penginapan Berharga RM55.4 Juta Kepada Syarikat India

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Subsidiari syarikat perkhidmatan minyak dan gas, Keyfield International Bhd, Keyfield Offshore Sdn Bhd (KOSB) telah menjual kapal kerja penginapan yang berusia 11 tahun (AWB) - Keyfield Lestari- kepada Saraf Corporation India Pvt Ltd dari India pada harga US$12.5 juta (RM55.4 juta)

Muhibbah Unit Peroleh 12.52 Juta Saham Master-pack Group Pada RM54.65 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Muhibbah Engineering (M) Bhd (MEB), ITS Konsortium Sdn Bhd (ITSK) memperoleh 12.52 juta saham biasa dalam Master-Pack Group Bhd (MPGB) pada harga RM54.65 juta.

Southern Score Builders Cadang Pindah Penyenaraian Ke Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Southern Score Builders Bhd yang tersenarai di Pasaran ACE mencadangkan pemindahan penyenaraian serta keseluruhan modal saham terbitannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Syed Yasir Arafat Melepaskan Jawatan Sebagai CEO Ekuinas Pada 31 Mac

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) Datuk Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir akan melepaskan jawatannya pada 31 Mac 2025 selepas 15 tahun menerajui syarikat itu secara transformatif.

AME Elite Jual Tiga Hartanah Perindustrian Di Johor Kepada AME REIT Pada Harga RM100.8 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- AME Elite Consortium Bhd (AME Elite) merancang untuk menjual tiga hartanah perindustrian di Johor, seluas 3.579 hektar kepada AME Real Estate Investment Trust (AME REIT) pada harga RM100.8 juta dalam transaksi dengan pihak berkaitan.

Cyberview Perkukuh Kedudukan CCC Dengan Pemilikan Penuh Dalam CSBD

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd memperkukuh kedudukannya dalam pembangunan Cyberjaya City Centre (CCC) dengan mengambil alih 100 peratus pegangan dalam CSB Development Sdn Bhd (CSBD), selepas pengambilalihan saham daripada MRCB Land.

Penggiat OGSE Malaysia Perlu Manfaatkan Kepakaran Peralihan Tenaga Bagi Jangkau Pasaran Pengguna

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Penggiat tempatan dalam perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) perlu memanfaatkan kepakaran peralihan tenaga untuk menjangkau pasaran pengguna hiliran, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.

SC: 21 Tawaran Pengambilalihan, Penggabungan Bernilai Rm18.22 Bilion Diluluskan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 21 dokumen tawaran melibatkan jumlah nilai tawaran sebanyak RM18.22 bilion di bawah pengambilalihan dan penggabungan pada 2024 berbanding 10 tawaran bernilai RM5.53 bilion pada tahun sebelumnya.

IPO : PEOPLElogy Meterai Perjanjian Taja Jamin Dengan Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- PEOPLElogy Bhd telah memeterai perjanjian taja jamin dengan Kenanga Investment Bank Bhd bagi tawaran awam permulaan (IPO) bersempena penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Catcha Digital Ambil Alih 51 Peratus Saham Digital Symphony Pada Harga RM22.95 Juta Tunai

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Catcha Digital Bhd memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat bagi mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam DS Services Sdn Bhd (Digital Symphony) dengan nilai RM22.95 juta secara tunai.