BERITA TERKINI   Bantuan Wang Ihsan akan disalurkan ketika mangsa banjir masih berada di PPS - TPM Ahmad Zahid | Cadangan naikkan jumlah Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa bencana akan dibawa ke mesyuarat Kabinet - TPM Ahmad Zahid | Sukan SEA 2025: Malaysia capai sasaran pingat ke-200 dengan raih emas acara berbasikal trek kejar-mengejar berpasukan lelaki | Sukan SEA 2025: Pelumba basikal trek negara Nur Aisyah Mohamad Zubir raih pingat emas acara scratch wanita | Sukan SEA 2025: Pelumba basikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom rangkul pingat emas acara keirin lelaki | 

Muhibbah Unit Peroleh 12.52 Juta Saham Master-pack Group Pada RM54.65 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Muhibbah Engineering (M) Bhd (MEB), ITS Konsortium Sdn Bhd (ITSK) memperoleh 12.52 juta saham biasa dalam Master-Pack Group Bhd (MPGB) pada harga RM54.65 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MEB berkata saham tersebut diperoleh daripada pasaran terbuka pada 25-26 Mac 2025, pada purata harga RM4.36 sesaham MPGB. 

MEB dan ITSK (kumpulan MEB) memperoleh sejumlah 4.41 juta saham MPGB untuk RM7.6 juta secara tunai pada tahun kewangan 2022.

Berikutan pengambilalihan itu, ketika ini kumpulan MEB mempunyai sejumlah 16.94 juta saham MPGB, mewakili 31 peratus kepentingan ekuiti dalam MPGB (harga purata: RM3.68 sesaham).

Sehubungan itu, MPGB menjadi syarikat bersekutu kumpulan MEB.

“Ahli lembaga pengarah percaya pengambilalihan ini akan meluaskan lagi asas perolehan kumpulan MEB dan menyediakan aliran tambahan pendapatan berulang menerusi perakauan ekuiti hasil kewangan MPSB dan pendapatan dividen daripada MPSB,” katanya.

Katanya, selepas mengambil kira semua faktor berkaitan, lembaga pengarah berpendapat pengambilalihan ini adalah demi kepentingan terbaik kumpulan.

-- BERNAMA