3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Institusi tempatan kekal menjadi tonggak sokongan di Bursa Malaysia, mencatatkan minggu belian bersih yang ke-19 berturut-turut dengan aliran masuk yang tinggi sebanyak RM817.4 juta dalam ekuiti domestik, meningkat daripada RM316.3 juta pada minggu sebelumnya.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Aset pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencapai RM1.25 trilion setakat 31 Dis, 2024, dengan 63 peratus daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik.
3bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan untuk hari kedua berturut-turut hari ini, seiring dengan prestasi suram pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu depan berikutan kekurangan pemangkin baharu, kata penganalisis.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis ketika pelabur memberi reaksi terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mengatasi jangkaan awal dan mengekang Rizab Persekutuan AS (Fed) daripada bertindak melonggarkan dasar monetarinya.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Matrix Concepts Holdings Bhd (MCHB) yang mempunyai 85 peratus kepentingan dalam N9 Matrix Development Sdn Bhd (anak syarikat MCHB) telah memeterai perjanjian jual beli (SPA) untuk melupuskan tanah seluas 15.64 hektar pada harga RM90.91 juta kepada Kuntum Kemuning Sdn Bhd (KKSB) di Labu, Negeri Sembilan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah yang muncul, sekali gus membolehkan indeks utama kembali melepasi paras 1,590.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia susut ketika mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin yang turut mencerminkan prestasi lemah pasaran global susulan aktiviti jualan ketara di Wall Street serta sentimen negatif yang berlanjutan berkaitan pasaran hadapan Amerika Syarikat (AS) berikutan rancangan tarif Presiden Donald Trump.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran ruang pejabat Malaysia menunjukkan trajektori yang memberangsangkan, dengan penyewa global dan tempatan terus mencari ruang premium yang memenuhi piawaian tempat kerja dan kemampanan yang berkembang, menurut firma perunding hartanah Knight Frank Malaysia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan sokongan mereka kepada Bursa Malaysia untuk minggu ke-14 berturut-turut, mencatatkan belian bersih sebanyak RM551.6 juta, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kalangan institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu ke-13 berturut-turut dengan pembelian sebanyak RM797.8 juta, demikian menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).