14hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi ketika mengakhiri sesi dagangan pagi ini, seiring dengan prestasi pasaran serantau, disokong minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi, didahului kaunter perbankan.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street, susulan sentimen pelabur yang bertambah baik berikutan jangkaan konflik di Asia Barat mungkin reda dalam masa terdekat.
15hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Saham di Bursa Malaysia pulih daripada kerugian semalam untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu minat belian dalam kaunter penjagaan kesihatan, utiliti dan perbankan.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat ketika memulakan dagangan Selasa namun susut kemudiannya, menjejaki prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street ketika pelabur memilih pendirian “tunggu dan lihat” susulan ketiadaan pemangkin baharu.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan lebih rendah susulan aktiviti jualan saham-saham wajaran tinggi selain seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal pada Isnin, seiring dengan pasaran serantau yang lemah selepas Wall Street mencatatkan penurunan berikutan harga minyak mentah Brent melonjak melebihi US$110 setong.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, mengatasi prestasi pasaran serantau apabila sentimen pasaran bertambah baik susulan langkah penyelarasan subsidi bahan api kerajaan, yang menyokong kestabilan fiskal dan kemampuan isi rumah di tengah-tengah ketidaktentuan berterusan di Asia Barat.
20hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis, dengan indeks petunjuk pasaran susut 0.34 peratus memandangkan pelabur mengikuti rapat perkembangan Asia Barat di samping masih berhati-hati ekoran isyarat kian bercanggah dari Amerika Syarikat (AS) dan Iran mengenai kemungkinan rundingan damai.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya walaupun Wall Street mencatat prestasi positif semalaman ketika sentimen pelabur dijangka tidak menentu dalam masa terdekat ini.
21hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan meningkat ketika mengakhiri dagangan Rabu, menjejaki prestasi pasaran serantau selepas penyusutan ketara harga minyak mendorong sentimen positif pasaran secara menyeluruh.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, disokong oleh peningkatan selera risiko di pasaran serantau walaupun prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah.
22hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa susulan minat risiko berkurangan apabila harapan terhadap keredaan konflik Asia Barat semakin pudar sekali gus menjejaskan sentimen.